10 Alasan Mengarut Warga Britain Beri Sebab Nak Cuti

0
1652

Apabila seorang pekerja ingin meminta cuti pasti pelbagai alasan akan diberikan tambahan pula sekiranya ingin mengambil cuti kecemasan dan kadang kala alasan yang diberikan betul-betul mencuit hati.

BACA: Hukum Pekerja, Syarikat Bagi Makan Cacing Hidup

Satu kumpulan perundangan majikan (ELAS) yang beribu pejabat di Manchester telah mengumpulkan sejumlah alasan yang diberikan oleh pekerja untuk mengambil cuti kecemasan.

Daripada jumlah tersebut dijangkakan seramai 350,000 pekerja di Britain akan mengambil cuti kecemasan pada tahun ini.

Jom kita lihat apakah alasan-alasan untuk cuti yang mencuit hati itu.

1. Hari ini hari jadi anjing saya dan perlu mengadakan parti buatnya.

2. Kawan saya sedang bercuti, jadi saya tidak boleh menumpang ke tempat kerja.

3. Saya ditahan polis.

4. Saya kehilangan peralatan keselamatan diri.

5. Saya terlalu mabuk untuk memandu.

6. Satu-satunya seluar kerja saya masih dibasuh.

7. Saya berparti sehingga lewat malam dan belum tidur lagi.

8. Anjing makan kasut saya.

9. Isteri saya bergaji lebih tinggi dan saya perlu menjaga anak-anak.

10. Saya tidak mempunyai jalan ke tempat kerja.

VIDEO: Tak Pernah Tak Padu Kambing Bakar Di Sini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram