10 Buah Negara Selamat Anda Kunjungi Tahun Ini

0
994

Isu keselamatan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan ketika anda pergi melancong ataupun mengembara kerana ia melibatkan diri anda sendiri dan juga orang terdekat dengan anda.

BACA: Cara Anda Potong Kek Selama Ini Salah

Beberaa ketika sebelum ini ada berita berkenaan ada pelancong yang diserang ataupun dirompak ketika berada di negara luar bahkan yang lebih memburukkan adalah pengeboman atau serangan penganas.

Oleh itu kami kongsikan 10 negara yang selamat mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Institute for Economics & Peace, mungkin anda boleh merancang perjalanan untuk melawat negara-negara ini tanpa terlalu risau akan keselamatan.

1. Iceland


Buat kali keenam, negara Iceland menjadi antara negara yang teratas di dalam senarai negara yang paling selamat di dunia. Kadar jenayah di negara ini adalah rendah.

2. Denmark


Negara ini bukan sahaja menduduki tempat kedua negara yang selamat di dunia bahkan ia juga antara negara paling ceria dan gembira untuk didiami.

3. Austria


Berjiran dengan negara Jerman dan Czech Republic, Austria juga antara negara yang selamat untuk anda kunjungi dan mempunyai markah yang tinggi daripada aspek senjata import yang rendah dan pilihanraya yang aman.

4. New Zealand


Dikatakan populasi lembu melebihi daripada penduduk di negara ini. New Zealand bukan sahaja selamat untuk dikunjungi bahkan ia juga mempunyai pemandangan yang cantik dan menenangkan.

5. Portugal


Pada tahun 2016, Condé Nast Traveler telah mengiktiraf bandar Lisbon merupakan negara yang seronok untuk dilawati. Bahkan Global Peace Index juga mengatakan Portugal adalah negara yang paling patut dikunjungi.

6. Czech Republic


Negara ini mempunyai markah yang lebih daripada aspek perbelanjaan tentera yang rendah dan perlaksanaan akta jenayah yang rendh.

7. Switzerland


Boleh dikatakan Switzerland adalah antara negara yang tidak mempunyai masalah dengan negara yang lain jadi suasana memang terkenal dengan keamanan.

8. Kanada


Negara yang berjiran dengan Amerika Syarikat ini mempunyai markah yang lebih tinggi untuk aspek keamanan dan keselamatan. Bahkan bandar Toronto juga terkenal dengan most friendly city.

9. Jepun


Jepun bukan sahaja terkenal dengan keamanan bahkan juga dengan budaya dan keindahan alam semulajadi di sana. Rangkaian kenderaan awam yang baik juga membuatkan para pelancong mudah untuk mengembara di negara matahari terbit ini.

10. Slovenia


Walaupun mempunyai beberapa krisis dalaman namun kehadiran polis di sana lebih tinggi bagi mengawal keselamatan setempat. Perkara itu membuatkan para pelancong berasa selamat apabila berada di negara ini.

VIDEO: 40 Nasi Lemak Boleh Makan Sekali Hadap?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram