10 Cara Untuk Memasak Ringkas Dan Mudah

0
471

Ketidakstabilan ekonomi negara mendorong ramai wanita untuk bekerja. Wanita berkerjaya pastinya sibuk dengan urusan keluarga dan kerja. Bagi mereka yang tidak bekerja, merancang masa memasak pasti lebih mudah.

BACA: Kenali Kopi Sebelum Anda Order Di Kedai Hipster

Pastinya ada wanita yang terkilan jika gagal menyediakan makanan untuk keluarga kerana terlalu sibuk, keletihan dan tiada masa oleh sebab kerja.

Menggaji pembantu rumah pula bukanlah jalan terbaik kerana banyak kes yang terjadi kebelakangan ini menyebabkan mereka trauma dan bimbang.

Jalan terbaik, makan di luar ataupun membungkus makanan dari restoran sebelum dibawa pulang ke rumah. Lama-kelamaan, seluruh keluarga akan merasa jemu.

Amatlah baik sekiranya anda boleh memasak selepas kerja tanpa perlu membeli lauk-pauk di kedai. Paling utama, khasiat makanan tetap terpelihara.

Bolehkah wanita atau isteri berkerjaya memasak selepas kerja? Kami kongsikan kepada anda 10 cara untuk memasak ringkas dan mudah ini.

1. Beli barangan dapur di pasar seminggu sekali

Sumber dari solopos.com

Membeli barangan lebih awal untuk bekalan seminggu atau dua dapat memudahkan anda membuat perancangan menu.

Mempunyai bahan yang sedia ada merupakan petua tugasan memasak lebih cepat dan tersusun.

Apabila bahan sudah ada di rumah, anda senang memasak. Belilah bersesuaian dengan keperluan. Jangan berlebih dan membazir.

2. Senaraikan menu mingguan

Catat menu untuk seminggu, kemudian ulang. Jika mahu, boleh buat tambahan menu baharu yang ringkas dan sedap sesuai untuk ahli keluarga anda.

Jika mahu mencuba menu baharu, buatlah pada waktu cuti atau masa lapang. Ini kerana anda tidak boleh membuang masa dek kerana kesibukan waktu dan kerja.

3. Simpan secara sistematik di dalam peti sejuk

Bersihkan ikan dan sayur sebelum susun mengikut jadual memasak anda. Jangan simpan secara longgok kerana ia menyukarkan anda mengambilnya apabila ia beku.

Ini juga sebagai pemberi semangat kepada anda untuk memasak. Berbanding jika simpanan bahan basah anda sukar diambil, ia akan mengambil masa dan leceh.

4. Sediakan bahan menumis dan rempah lebih awal

Memasak menjadi mudah apabila bawang merah, bawang putih dan cili sudah sedia dikisar. Kaedah ini akan memudahkan kerja serta menjimatkan masa.

Anda juga boleh membuat ibu sambal atau pes iaitu cili, bawang dan rempah ratus sudah siap ditumis, disimpan beku dalam bekas kecil di dalam peti sejuk.

Ia harus diletakkan di tempat dingin beku supaya tahan lama.

5. Menu biarlah ringkas

Sumber id.techinasia.com

Empat atau lima jenis lauk setiap kali waktu makan haruslah dielakkan. Sebaiknya cukup sekadar dua hidangan. Jika boleh, pilih menu yang menggabungkan sayur dan lauk.

Contohnya tomyam dan sup boleh menjadi lauk utama dengan tambahan sayur-sayuran. Tambah juga kentang, tomato atau kubis di dalamnya. Ia sudah menjadi menu lengkap.

6. Memasak dan membasuh

Jangan biarkan peralatan kotor di dalam sinki sebaliknya dibasuh terus. Hal ini supaya sinki tidak penuh dengan peralatan kotor.

Jangan gunakan begitu banyak peralatan memasak. Selesai menggunakan mangkuk membersih ikan, terus basuh dan guna semula untuk membasuh sayur pula.

7. Masak bahan awal

Sekiranya menu anda hari itu ialah nasi goreng, bolehlah memasak nasi lebih awal iaitu sebelum pergi kerja. Pulang dari kerja, anda sudah boleh terus memasak.

Proses memasak akan menjadi cepat dan sempurna apatah lagi bahan seperti tambahan ayam dan sayur sudah tersedia di dalam peti sejuk.

8. Biasakan buat pelbagai kerja

Biasakan diri anda dengan membuat pelbagai kerja rumah. Ubahlah dan cuba bekerja dengan lebih laju. Kerja memasak harus dirancang dengan baik.

Contohnya, memasak nasi terlebih dulu sambil menggoreng ayam. Dapur sebelah pula untuk menggoreng sayur. Semuanya berjalan serentak.

Tak sampai setengah jam anda sudah mempunyai makanan lengkap di atas meja.

9. Tukar nasi dengan menu lain

Selang-selikan nasi dengan menu lain seperti mi, bihun, spageti, roti dan capati. Hal ini supaya keluarga anda tidak bosan dengan nasi setiap hari.

Ini juga perlu supaya mereka tidak menjadikan nasi makanan wajib mereka setiap hari. Mereka harus dilatih tanpa nasi pun masih boleh kenyang.

10. Dapur sentiasa bersih

Sumber dari nova.id

Pastikan dapur dan sinki anda bersih sebelum anda tidur. Pinggan mangkuk siap dibasuh dan tersusun rapi. Latihlah suami dan anak-anak supaya ringan tulang membantu kerja di dapur.

Janganlah anda terseksa seorang diri. Semua ahli keluarga harus memainkan peranan dan tanggungjawab. Dapur yang sentiasa bersih menaikkan mood anda untuk memasak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Kisah Basikal & Pau Stim Nami Island