10 Fakta Beras Faiza Yang Anda Tak Tahu

0
6082

Kebanyakan dari kita pasti kenal dengan beras keluaran Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Beras keluaran 100% buatan Islam ini mendapat tempat dan perhatian masyarakat.

BACA: Bakar Ayam Dalam Pasir Cara Baru Yang Melazatkan

Syarikat Faiza banyak mendominasi pasaran beras tempatan kerana keenakan dan keaslian pembuatan berasnya.

Selain itu, syarikat ini juga menjadi penaja utama beberapa program amal yang membantu golongan kurang berkemampuan.

Kami kongsikan 10 fakta menarik mengenai syarikat beras Faiza ini.

1. Tiga bulan fasih berbahasa Melayu

Sumber dari utusan.com.my

Pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. ini ialah Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad.

Pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.

Ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih setelah hanya tiga bulan di Malaysia. Hal ini kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya.

Kini, beliau mempunyai tujuh orang anak dan 32 cucu dan masih lagi giat merancang strategi bagi mengukuhkan perniagaan yang dipeloporinya.

2. Dilahirkan dalam keluarga berniaga

Sumber dari utusan.com.my

Dari sudut luaran, Puan Faiza kelihatan lemah-lembut. Namun, wanita yang berperwatakan lembut ini sebenarnya seorang yang tegas.

Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul. Puan Faiza yang sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan.

Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya.

Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.

3. Bisnes kecil-kecilan di rumah

Puan Faiza mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama.

Beliau mula membuat aktiviti yang boleh menghasilkan wang dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan bermodalkan RM4 serta menjual barangan dapur.

4. Jual pinggan mangkuk dan set ensiklopedia

Selain itu, Puan Faiza juga membeli kain ela bagi membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jirannya. Tidak cukup dengan itu, belua menghasilkan set sarung bantal.

Hasil kerja tangannya yang kemas dan cantik dijual kepada kawan-kawannya. Selain menjahit, beliau juga berniaga set ensiklopedia dan bisnes pinggan mangkuk.

Dengan hasil bisnes kecilan inilah beliau menabung wang bagi mendapatkan modal bisnes seterusnya.

5. Rempah kari ‘Bunga Raya’ dibuat di rumah

Puan Faiza kemudiannya berminat pula untuk menghasilkan rempah kari. Ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya antara rempah yang dibeli olehnya.

Rempah ini kemudiannya dibancuh bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya.

Semuanya dilakukan sendiri di rumah. Bermula daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus, semuanya dibuat sendiri olehnya.

Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

6. Buka kedai runcit

Setelah beberapa tahun, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu.

Beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Maka, beliau mula belajar pelbagai jenis beras.

Puan Faiza juga memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk Ponni, Basmathi, beras wangi serta beras Siam.

7. Bungkus satu treler beras di rumah

Setelah mendapat maklum balas positif di atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon, barulah beliau mula menjual beras.

Para pelanggan yang melanggan rempah rempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Biasalah, setiap perkara pasti ada dugaannya. Beliau agak buntu pada mulanya apabila melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah.

Namun beliau nekad dengan berusaha membungkus beras menggunakan jenama ‘Bunga Raya’ dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

8. Memperkenalkan beras berkhasiat untuk diabetis

Sumber dari thestar.com.my

Persaingan agak sengit walaupun mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pada awal 90-an, syarikatnya telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat tentang pembuatan dan kandungan makanan.

Beras berkualiti jenis ‘Ponni’ dari Kartanaka, India diperkenalkan. Beras ini sesuai dan berkhasiat untuk pesakit seperti diabetis.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal.

Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan halal.

9. Miliki syarikat bernilai RM14 juta.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar.

Beliau turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat.

10. Pembayar zakat terbesar di Malaysia

Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Puan Faiza berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan. Sebaliknya untuk membantu orang yang lebih susah menerusi zakat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?