10 Fakta Queen Elizabeth Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

0
1913

Menduduki tampuk takhta selama 65 tahun, Queen Elizabeth II merupakan antara salah seorang public figure yang bersifat peribadi dan tidak ramai mengetahui kisah tentang hidupnya kecuali yang sering disiarkan di media.

BACA: Perniagaan Uptown Semakin Malap?

Beliau jarang ditemu ramah oleh temuramah dan kebiasaannya hanya gambarnya yang disebarkan oleh media sama ada ketika urusan rasminya ataupun ketika beliau sedang berehat.

Oleh itu kami kongsikan 10 perkara yang mungkin anda tidak tahu mengenai Queen Elizabeth II yang juga memegang sistem monarki terlama di dunia.

1. Beliau tidak pernah pergi ke sekolah


Ini tidaklah bermaksud beliau seorang yang tidak berilmu kerana walaupun tidak dihantar ke sekolah, Queen Elizabeth II telah diberikan guru khas yang mengajarnya di rumah.

2. Berkahwin dengan saudara


Queen Elizabeth dan suaminya Putera Philip merupakan saudara sepupu kerana Elizabeth mempunyai pertalian darah dengan Queen Victoria daripada sebelah bapanya.

Manakala Putera Philip pula berkait hubungan dengan Queen Victoria daripada sebelah ibunya.

3. Menyambut hari lahir dua kali setahun


Tarikh lahir beliau yang sebenarnya adalah 21 April namun United Kingdom tidak menyambutnya sehinggalah tarikh rasmi iaitu pada 11 Jun pada setiap tahun.

4. Kesemua angsa dan ikan lumba-lumba di UK adalah miliknya


Pada awal abad ke-12, kerajaan monarki British telah menetapkan bahawa kesemua burung di UK adalah miliknya dan ketika itu burung dianggap makanan istimewa bagi keluarga diraja.

Akan tetapi pada masa kini, mereka tidaklah menjadikan burung sebagai makanan istimewa namun pada setiap tahun akan ada hari khas untuk memeriksa tahap kesihatan burung-burung.

5. Telah melakukan 260 lawatan rasmi seluruh dunia


Sejak menduduki takhta, Queen Elizabeth telah mengadakan lawatan rasminya ke negara-negara luar sebanyak 260 kali jumlah itu makin bertambah.

6. Terdapat mesin ATM khas untuknya di Istana Buckingham


Di Istana Buckingham turut disediakan satu mesin ATM khas untuk Queen Elizabeth dan servis tersebut disediakan oleh Coutts iaitu bank yang ternama di Britain.

7. Sukarela membayar cukai walaupun tidak perlu


Sebagai orang tertinggi di Britain, beliau sepatutnya tidak perlu membayar cukai pendapatan namun sejak tahun 1993, Queen Elizabeth telah sukarela membayarnya.

8. Hantar mesej ke bulan


Ketika kapal angkasa Apollo II mendarat di bulan pada tahun 1969, para pemimpin dunia telah dijemput untuk menulis mesej yang telah ditukar kepada cakera kecil silikon.

Queen Elizabeth telah menulis mesej mewakili rakyat Britain dengan mesej.

“On behalf of the British people I salute the skill and courage which have brought man to the moon.

“May this endeavour increase the knowledge and wellbeing of mankind.”

9. Lebih 100 rancangan TV paparkan beliau


Watak Queen Elizabeth telah dipaparkan pada lebih 100 rancangan TV sehingga kini.

10. Pakai pewarna kuku yang sama sejak 1989


Menurut penata gaya Queen Elizabeth, beliau memakai pewarna kuku berjenama Essie classic berwarna merah jambu. Menakjubkan harganya hanyalah RM12 ($9) sebotol.

VIDEO: Siapa Suka Pedas, Kena Makan Di Bert’s!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram