10 Fakta Anda Tak Tahu Mengenai Korea Utara

0
35034

Isu pembunuhan terancang Kim Jong Nam, abang tiri kepada presiden Korea Utara Kim Jong Un di Malaysia telah menyebabkan ketegangan berterusan antara kedua negara.

BACA: Selalu Panaskan Makanan? Baca Ini Dahulu

Korea Utara sangat terkenal dengan pentadbiran komunis dan mempunyai senjata nuklear.

Namun, di sebalik kegagahan yang dipamerkan terselit jua beberapa fakta unik mengenai negara ini. Kami berikan 10 fakta unik mengenai Korea Utara.

Wanita suka memakai kasut tumit tinggi

Sumber dari journalism.hkbu.edu.hk

Wanita di Korea Utara sangat gemar memakai kasut tumit tinggi ketika sedang bekerja mahupun bersiar-siar.

Turut tidak terkecuali, wanita yang bertugas sebagai tentera di negara tersebut juga memakai kasut bertumit tinggi.

Pelancong tidak boleh menggunakan Won

Sumber dari pinterest

Nilai mata wang Korea Utara adalah Won. Sungguhpun begitu, pelancong yang melawat negara ini dilarang menggunakan mata wang tersebut.

Bukan itu sahaja, pelancong juga tidak dibenarkan membeli-belah di gerai tempatan. Jika mahu berbelanja, pelancing perlu mendapat keizinan pihak berkuasa dahulu.

Sekiranya mahu membeli barangan kenangan, pelancong akan dibawa ke Kedai Buku Bahasa Asing yang hanya menjual poskad, setem dan buku karangan Kim Jong Il.

Kesukaran pelancong menggunakan telefon pintar

Sumber dari nbcnews.com

Bermula tahun 2013, Korea Utara telah membenarkan pelancong asing membawa masuk telefon pintar.

Namun, pelancong hanya dibenarkan menggunakan kad sim tempatan yang boleh didapati di lapangan terbang.

Kad sim bernilai 66 USD (RM293.70) hanya boleh dipakai selama dua minggu sahaja.

Menggemari The Beatles dan punyai girlband sendiri

Sumber dari avax.news

Penduduk Korea Utara sangat patuh pada peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan komunis mereka.

Namun di sebalik kepatuhan itu, mereka sebenarnya sangat gemar menyanyi.

CNN Travel melaporkan, kebanyakan rakyat Korea Utara menyimpan koleksi lagu antarabangsa terutama dari Barat.

Mereka juga sering menyanyikan lagu daripada band The Beatles. Antaranya ialah Hey Jude dan Yellow Submarine.

Girlband ‘Moranbong’ yang ditubuhkan oleh pemimpin negara mereka, Kim Jong Un merupakan girlband pertama di Korea Utara. Band ini ditubuhkan pada tahun 2002.

Stesen kereta api bercat putih, tanpa papan iklan

Sumber dari wired.com

Kereta api bawah tanah (metro) merupakan salah satu pengangkutan utama di negara itu.

Ianya mempunyai dua jalur sahaja dan bergerak melalui 17 stesen terutama di ibu kota negara, Pyongyang.

Dinding-dinding stesen kereta api bawah tanah di Korea Utara hanya dicat putih tanpa sebarang papan iklan.

Semua stesen kereta api bawah tanah di Korea Utara dibina pada kedalaman 100 meter dari aras tanah.

Tidak ada orang bersiul

Tiada sesiapa boleh bersiul di Korea Utara. Seorang aktivis antarabangsa, Ian Scot bertanya tentang hal itu kepada pelajar sekolah di sana.

Mereka mengatakan bahawa bersiul dianggap ‘taboo’ di Korea Utara.

Saluran khusus untuk permainan video

Ada sebuah saluran televisyen yang khusus untuk menyiarkan permainan video yang dipanggil Paduk. Ia merupakan sebuah permainan video yang mirip seperti catur.

Selain itu, ada saluran televisyen yang hanya menayangkan kegiatan remaja bermain permainan video.

Larangan menggunakan pisau

Sumber dari abc.net.au

Penggunaan pisau dilarang digunakan di Korea Utara, walaupun untuk memotong bahan makanan seperti daging. Mereka menggunakan gunting panjang.

Hal ini kerana menggunakan gunting panjang lebih mudah berbanding pisau.

Bola tampar sukan yang paling digemari

Bola tampar merupakan sukan kegemaran penduduk Korea Utara. Kebiasaannya, mereka bermain pada waktu makan tengah hari.

Sungguhpun tidak banyak tempat khas disediakan untuk bersukan, mereka memanfaatkan penggunaan parkir kenderaan dan ruang yang lain.

Selain bola tampar, gusti juga menjadi pilihan untuk bersukan di Korea Utara.

Budaya sentiasa berbaris

Sumber dari pinterest

Berbaris dalam setiap urusan merupakan budaya yang masih diamalkan di Korea Utara. Tidak mengira masa walaupun menunggu bas, mereka akan beratur dalam barisan.

Hal ini kerana mereka telah dilatih sejak kecil untuk membentuk barisan yang cepat dalam masa seminit sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu