10 Gambar Suasana Pembukaan Kafe Pokemon & Juadah Pilihan Yang Ada

0
1968

Semalam iaitu 23 November 2016 adalah hari pertama Pokemon Cafe pertama di Malaysia mula beroperasi di AEON Midvalley, Kuala Lumpur dan ia mempunyai lesen penuh daripada Anista Tokyo iaitu syarikat rasmi Pokemon.

BACA:Makanan Di Kafe Elfira Loy Tak Sedap?

pokemon2

Siapa sahaja pasti mengenali watak Pikachu yang comel dan berwarna kuning. Oleh kerana itu semalam ramai pengunjung yang mengambil kesempatan untuk datang ke Pokemon Cafe ini dan tempahan untuk semalam penuh hingga ke malam dan mujur kami sempat untuk beratur seketika menunggu giliran bagi merasai pengalaman sendiri makan di Pokemon Cafe ini.

pokemon10

Ketika kunjungan kami semalam bukan sahaja kanak-kanak rasa teruja melihat Pokemon Cafe ini bahkan orang dewasa juga ramai yang berkunjung sama ada mereka adalah peminat Pokemon ataupun membawa anak-anak ke sini.

pokemon13

Setakat ini kafe ini menyediakan 11 menu pilihan daripada makanan utama sehingga kepada pencuci dan minuman. Semalam kami sempat mencuba menu ‘Battle On Pikachu! Level Up With Rare Candy’. haa.. bukan main panjang nama menu yang diberikan.

pokemon1

Menu ini sebenarnya gabungan antara spaghetti, salad segar, kentang putar serta anda boleh buat pilihan untuk patty daging atau ayam dan disertakan bersama sos perang. Secara keseluruhannya rasanya boleh dikatakan bagus kerana kentang putar yang diberikan terasa creamy dan tidak terlalu hancur jadi anda dapat merasai tekstur kentang tersebut. Selain itu sos perangnya juga sesuai dimakan bersama spaghetti dan salad segar.

pokemon8

Kami juga turut mencuba ‘Pikachu Smiling Rice Omelette’ iaitu nasi goreng yang dibentuk menyerupai kepala Pikachu dan disertakan dengan omelette yang gebu dan lembut. Sewaktu pesanan ini dihantar ke meja memang kami agak sedikit teruja kerana hiasannya sememangnya menarik perhatian dan sayang untuk dimakan.

Kita sedia maklum salah satu seni budaya Jepun adalah penyediaan Bento jadi Pokemon Cafe ini juga menggunakan cara yang sama untuk menarik perhatian pelanggan. Kami rasa bagi kanak-kanak yang sukar untuk makan makanan berat juga pasti berasa teruja melihat hidangan di kafe ini.

pokemon11
Di kafe ini menyediakan 5 pilihan minuman sama ada sejuk mahupun panas. Atas saranan pelayan kafe kami memesan minuman ‘Wanna get tingling!? Volt Tackle Soda’, sekali lagi bukan main panjang nama menu ini.

Sebenarnya minuman ini adalah soda yang diperasakan bersama lemon pekat dan disertakan gula yang mempunyai efek meletup bila dimasukkan ke dalam minuman. Apabila dimasukkan gula tersebut anda akan dengar bunyi letupan-letupan kecil. Rasanya menyegarkan kerana kombinasi rasa manis dan masam yang seimbang.

pokemon5

Oleh kerana tidak tahan rasa teruja melihat kecomelan minuman ‘Pikachu Latte’ kami turut memesannya. Minuman ini adalah latte ais yang diletakkan krim putar berwarna kuning serta dihiasi seakan-akan kepala Pikachu.

Haruna dan rakan-rakannya
Haruna dan rakan-rakannya

Ketika menjamu selera kami juga sempat berbual dengan pengunjung yang berada di meja sebelah kami iaitu Haruna dan dua orang rakannya. Mereka adalah rakyat Jepun yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami mereka bekerja di Kuala Lumpur.

pokemon4

Haruna mengatakan apabila dia mengetahui Pokemon Kafe akan dibuka di Kuala Lumpur dia dan rakan-rakan berasa tidak sabar untuk datang mencuba makanan di sini kerana dia sendiri peminat Pokemon dan ketika berada di Jepun dia sempat berkunjung ke Pokemon Cafe yang berada di Tokyo.

pokemon12

Secara peribadinya kami merasakan harga makanan di kafe ini sedikit mahal kerana makanan di sini bermula daripada RM16 sehinggalah RM35 namun kerana ianya adalah kafe yang dibawah lesen penuh daripada Anista Tokyo kami memahami mengapa harga makanan diletakkan sedemikian.

Selain itu, pengalaman makan di sini sungguh berbeza kerana hampir keseluruhan makanan, peralatan, ruang dekorasi diilhamkan daripada anime Pokemon jadi bagi para peminat anime ini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk hadir ke kafe ini.

pokemon3