10 Info & Sejarah Ketupat Yang Anda Tak Tahu

0
5257

Anda pasti kenal makanan tradisi yang sinonim dengan hari raya iaitu ketupat sama ada ketupat palas ataupun ketupat daun kelapa. Bahkan sekiranya tidak ada hidangan ketupat terasa tidak bermakna hari raya pada tahun itu.

BACA: 9 Juadah Yang Anda Akan Hadap Sepanjang Aidilfitri Ini

Dr Mohd Faizal Musa atau dikenali sebagai Faizal Tehrani ada mengupas sejarah dan kisah disebalik makanan yang dikongsi oleh masyarakat nusantara ini.

Dr Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani. Gambar: Berita Media Corp

Kupasan yang ditulis beliau di laman web Berita mediacorp ini mengambil perspektif daripada segi sejarah dan kisah klasik yang mungkin ramai tidak mengetahui simbolik makanan tradisional ini.

Oleh itu kami kongsikan beberapa fakta menarik yang dipetik daripada kupasan Faisal Tehrani ini.

1. Ketika zaman Srivijaya, ketupat sudah dihidangkan majlis berbuka puasa dan jamuan khas dan ia menjadi hidangan istimewa.

2. Selain itu, ketupat turut menjadi makanan unggul ketika tradisi pemujaan Dewi Sri di candi-candi kerajaan kuno seperti Majapahit dan Pajajaran.

3. Di Pantai Timur Tanah Melayu pula, ketupat akan dipasang di laman rumah ketika upacara rawatan main teri.

4. Manakala di Bali terdapat ritual perang ketupat atau Aci Rah Pengangon yang bermaksud upacara mengungkapkan kesyukuran atas hasil tuaian.

5. Ketupat turut menjadi simbol dakwah yang marak di pedalaman Jawa ketika penyebaran Islam.

6. Ketika Walisongo menyebarkan Islam di Jawa, ketupat dijadikan makanan khas umat Islam ketika perayaan Aidilfitri.

7. Di dalam bahasa Jawa, ketupat dirujuk sebagia kupat yang membawa maksud mengaku salah ataupun bertaubat.

8. Ketupat yang berbentuk empat segi membawa lambang empat mata angin utama iaitu timur, barat, selatan dan utara.

9. Ketupat juga menjadi simbol kepada kedamaian dan kepercayaan antara agama di alam Melayu.

10. Di dalam pantun melayu, ketupat turut disimbolikkan dengan cara hidup masyarakat ketika itu.

Anyam ketupat bawa belayar

Diletak di atas peti

Hutang piutang dapat dibayar

Terhutang jasa dibawa mati

VIDEO: Halal Tak Strawberi Korea?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram