10 Kawasan Pelancongan Bertangga Paling Gayat Di Dunia

0
11750

Bagi anda pernah melancong ke tempat orang sama ada dekat ataupun jauh pasti pernah melihat beberapa tempat tumpuan pelancong yang mempunyai tangga yang banyak dan tinggi untuk dipanjat.

BACA: Ini Cara Sebenar Guna STRAW Baru McDonald’s

Walaupun mempunyai anak tangga yang beratus-ratus bahkan ada yang mencapai ribuan, orang ramai tetap mengunjungi lokasi berkenaan kerana tertarik dengan keunikan tempat berkenaan.

Oleh kerana itu kami kongsikan 10 tempat di dunia yang mempunyai anak tangga yang banyak dan mempunyai cerita yang tersendiri. Salah satu tempatnya berada di Malaysia.

1. Angkor Wat, Kemboja

Angkor Wat ini adalah sebuah candi untuk agama Hindu yang dibina di Kemboja. Keunikan tempat ini adalah pada seni binanya dan juga tangga yang curam sehingga ada tali disediakan untuk membantu pengunjung mendakinya.

Menurut masyarakat di sana, tangga di Angkor Wat memang sengaja dibina dengan kecuraman untuk mengingatkan pengunjungnya bahawa syurga itu sukar untuk dicapai.

2. Verruckt, Kansas, Amerika Syarikat


Gelongsor air ini adalah antara yang tertinggi dui dunia dengan ketinggian 168 kaki dan 264 anak tangga untuk ke atas.

Tempat ini juga pernah berlaku kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun kerana tercampak pada ketinggian 50 kaki.

3. Air terjun Pailon del Diablo, Ecuador


Orang ramai yang mengunjungi tempat ini pasti akan tertarik dengan seni bina tanga dan keindahan air terjun yang bersebelahan sahaja dengan tangga. Hati-hati ketika di sini kerana batu anak tangga yang licin.

4. Laluan kabel Half Dome, California


Para pengunjung Half Dome perlu mendaki 400 anak tangga yang hampir dibina dengan sudut 90 darjah dengan bantuan kabel logam. Ia antara lokasi terkenal bagi para pendaki.

5. Tangga Inca, Machu Picchu, Peru


Tangga ini telah berusia lebih 500 tahun dan dibina sejak zaman dahulu. Dianggarkan ia mempunyai 600 anak tangga yang diperbuat daripada batu granit.

6. Liberty Statue, New York

Keratan dalaman Liberty Statue

Lokasi ini adalah lokasi ikonik untuk bandar New York dan juga Amerika Syarikat. Di dalam struktur ini mempunyai 377 anak tangga yang berlingkar. Bagi mereka yang berminat untuk memanjatnya boleh sampai ke puncak mahkota patung berkenaan.

7. Stesen Janakuasa Florli, Norway


Mempunyai ketinggian yang sangat mengayatkan dan ia dibuka untuk para pengunjung untuk mendaki 4,444 anak tangga. Ketika mendaki anda akan mendengar bunyi kayu retak.

8. Gunung Huashan, China


Tangga yang mengelilingi gunung ini digelar sebagai ‘tangga syurga’ dan sehingga sekarang tidak yang dapat memastikan berapakah jumlah anak tangga di gunung ini. Ketika di puncak 2,145 meter anda boleh berehat sambil menikmati teh kerana di puncak gunung ini mempunyai kedai teh.

9. Balai Cerap Janssen, Mont Blanc, Perancis


Apa yang menarik berkenaan tempat ini adalah ia berada di puncak tertinggi pergunungan Alp. Jadi anda tahu sendiri bagaimana cabaran untuk mendakinya.

10. Batu Caves, Malaysia


Kuil yang berada di puncak Batu Caves ini bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat bagi penganut agama Hindu bahkan ia juga menjadi ikon perlancongan di Malaysia. Bagi yang berminat sampai ke atas perlu memanjat sebanyak 277 anak tangga.

VIDEO: Ya Tuhan, Mudahnya Buat Ayam Masak Thai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram