10 Makanan Yang Boleh Makan Banyak Dan Tetap Kurus

0
3299

Pada anda yang sedang dalam proses penurunan berat badan pastinya tercari-cari makanan yang rendah kalori untuk dijadikan menu harian ataupun sebagai snek sementara menenanti waktu makan.

BACA: Rebut Peluang 3 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia

Selain itu bagi mereka yang telah biasa mengunyah makanan pasti akan berasa craving untuk mengunyah walaupun sedang dalam program diet.

Oleh itu kami kongsikan 10 makanan yang boleh anda ambil lebih sedikit namun masih lagi dalam kadar kalori yang rendah.

1. Popcorn


Popcorn memang sinonim ketika menonton wayang dan sebenarnya ia adalah satu makanan yang rendah kalori sekiranya tidak disalut dengan mentega dan juga caramel. Jadi anda boleh sediakannya sendiri di rumah dan kadar kalorinya hanyalah 30 kcal bagi secawan popcorn.

2. Celery


Batang celery sememangnya mengandungi pelbagai khasiat kerana 95% daripadanya adalah air. Ia bagus untuk detox toksin dalam badan anda. Selain itu ia juga enak untuk dijadikan snek kerana keranggupannya.

3. Terung


Setiap hidang terung yang dibakar atau dipanggang tanpa minyak hanyalah mengandungi 24 Kcal. Jadi anda bolehlah jadikannya sebagai menu harian kerana rasanya pun enak.

4. Buah-buahan citrus


Ketika menurunkan berat badan anda tidak digalakkan mengambil terlalu banyak buah-buahan namun berlainan bagi buah citrus seperti oren, grapefruits dan tangerines. Ia kaya dengan fiber dan juga vitaman C.

5. Tembikai


Setiap potongan tembikai hanyalah sekadar 60-70 Kcal dan ia kaya dengan air. Oleh itu tembikai sesuai dijadikan snek buah-buahan harian anda.

6. Beetroot



Di Malaysia mungkin sukar untuk anda temui beetroot ini namun khasiatnya mampu membakar lemak dalam badan, meransang otot badan dan juga menstabilkan gula dalam badan.

7. Telur


Telur adalah satu makanan yang kaya dengan sumber protein. Sekiranya anda risau dengan kolestrol, elakkan memakan telur kuning dan masaknya dengan menggunakan kaedah rebus.

8. Epal


Sebiji epal hanyalah 50Kcal dan kaya dengan fiber. Buah epal sememangnya terkenal sebagai snek untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

9. Salad


Daun salad sebenarnya kaya dengan asid folic dan rendah kalori. Jadi ketika makan nasi banyakkan ambil daun salad untuk buatkan anda kenyang.

10. Zucchini


Keranggupan zucchini ini memang enak untuk dijadikan snek dan kadar kalorinya juga rendah iaitu hanya 42Kcal. Ia dapat merendahkan kadar garam dalam badan anda dan meningkatkan fungsi usus anda.

VIDEO: Makan-Makan: Apa Yang Anda Boleh Makan Dengan Satu Ringgit?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram