10 Sebab Mengapa Malaysia Tak Patut Dilawati?

0
2112

Di Malaysia memang banyak tempat yang boleh dilawati sebenarnya. Kita memiliki pantai yang bersih dan cantik, taman negara, bahkan juga makanan yang enak dan menyelerakan.

BACA: Murtabak, Keropok Lekor Bakal Jadi Hidangan Penerbangan

Baru-baru ini, seorang pelancong luar negara telah memuat naik artikel berkenaan Malaysia yang tak wajar dilawati. Biar betul?

Kami kongsikan dengan anda artikel yang ditulis oleh Vaughan McShane ini. Mula-mula baca tajuk memang sakit hati juga. Tapi hakikatnya, lain pula cara penyampaian yang dibuat oleh lelaki ini.

1. Pantai di Malaysia paling teruk di dunia

Menurut Vaughan, pantai di Malaysia adalah yang palik ‘teruk’ di dunia. Pemandangan yang tidak menarik, bahkan pantainya juga tidak sesuai untuk dijadikan tempat percutian.

Sumber dari thetravelmanuel.com

2. Orang Malaysia semuanya pemalas

Gambar yang dimuatnaik oleh Vaughan juga menceritakan perihal seorang tua yang sedang menolak kotak di atas troli. Katanya, orang Malaysia malas bekerja sebaliknya suka menolak kotak dan melakukan kerja sia-sia.

Sumber dari thetravelmanuel.com

3. Pemandangan senja yang tak menarik

Gambar ini dimuatnaik oleh Vaughan menceritakan betapa Malaysia langsung tidak mempunyai pemandangan senja yang menarik.

Sumber dari thetravelmanuel.com

4. Berehat dan berenang adalah membosankan

Vaughan juga menambah, bangun di awal pagi sambil menyaksikan matahari naik juga tidak menyeronokkan. Bahkan, mandi-manda dan mengambil gambar di pantai juga tidak seronok mana.

Sumber dari thetravelmanuel.com

5. Malaysia tiada budaya dan sejarah mengagumkan

Lelaki ini mengambil gambar beberapa situasi kebudayaan di Malaysia yang dikatakan tidak sehebat mana. Malah, senibinanya juga biasa-biasa sahaja. Wah, melampau betul dia ni.

Sumber dari thetravelmanuel.com

6. Hutan dimusnahkan dan diganti dengan pokok sawit

Menurut Vaughan, ketika dia melancong di Malaysia, hutan telahpun ditebang dan diganti dengan penanaman sawit secara besar-besaran. Tiada lagi keindahan flora dan fauna seperti yang digembar-gemburkan.

Sumber dari thetravelmanuel.com

7. Masyarakat yang kasar dan tak peramah

Dia turut menambah, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan budaya ini tidak peramah dan kasar.

Sumber dari thetravelmanuel.com

8. Kopi juga tidak disediakan dengan baik

Ketika melawat di Melaka, Vaughan menjelaskan dia tidak mendapat layanan kopi yang sedap dan baik. Tidak seperti di negara-negara yang pernah dilawatinya.

Sumber dari thetravelmanuel.com

9. KLCC tidaklah sehebat mana

Menara Berkembar Petronas atau KLCC turut menjadi destinasi lawatan beliau. Namun, menerusi foto yang dimuatnaik olehnya, dia menjelaskan bahawa KLCC biasa sahaja dan tidak banyak yang menarik mengenainya.

Sumber dari thetravelmanuel.com

10. Tiada aktiviti luar yang menarik boleh dibuat

Vaughn mengatakan bahawa di Malaysia sememangnya tiada aktiviti luar yang boleh dilakukan seperti yang pernah dibuatnya ketika melancong ke negara lain.

Sumber dari thetravelmanuel.com

Sebenarnya, beliau menulis artikel dengan nada sarkastik. Malaysia sememangnya memiliki banyak tempat yang menarik dan sangat bagus untuk dilawati. Beliau juga sangat sukakan negeri Melaka, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Nampaknya cara mempromosikan Malaysia juga sangat berlainan daripada biasa. Kalau anda tak baca hingga habis, mesti anda berfikiran negatif mengenai Vaughan McShane.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Lubuk Pasta Makan Puas Hati Kat Cheras?