10 Tips Rancang Pengembaraan Pertama Anda

0
1405

Mengembara dan melihat tempat orang adalah satu perkara yang memberikan pengalaman baharu kerana dapat melihat perspektif dunia luar dan bergaul dengan orang selain orang yang kita kenal.

BACA: Demi Keliling Dunia, 2 Wanita Berhenti Kerja

Bagi memastikan perjalanan dan pengembaraan berjalan lancar sudah pasti ia melibatkan perancangan yang rapi dan bagi yang baru pertama kali pasti berasa bimbang dan dalam masa yang sama teruja untuk mendapatkan pengalaman baru.

Oleh itu kami kongsi beberapa tips yang boleh anda pertimbangkan sebelum memulakan pengembaraan.

1. Pilih destinasi yang anda mampu

Bagi permulaan pilihlah tempat yang mampu dan sesuai dengan bajet anda. Ini kerana sekiranya anda bercita-cita untuk pergi tempat yang jauh semestinya ia melibatkan kos yang tinggi.

2. Buat start list

Sebelum pergi mengembara seeloknya anda buat satu senarai yang mengandungi apa yang anda hendak lakukan ketika di tempat orang. Ia seaakan memberi motivasi kepada anda sebelum memulakan perjalanan.

3. Jangan berdiam diri

Apabila anda berada di tempat luar, usahlah segan bertegur dengan orang yang anda temui. Mana tahu dari situ anda bertemu kenalan baru dan berkongsi pengalaman yang mungkin anda tidak lalui.

4. Usah takut pergi seorang diri

Sekiranya anda tidak mempunyai teman untuk pergi mengembara jangan risau redah sahaja walaupun seorang diri. Dari situ anda belajar berdikari dan mempercayai diri sendiri.

5. Hubungi orang tempatan

Sebaiknya sebelum anda pergi ke sesuatu tempat cuba dapatkan nombor telefon orang tempatan di sana. Bukan apa, sekiranya berlaku apa-apa anda mempunyai orang untuk dihubungi dan bertanyakan sebarang maklumat.

6. Cari teman yang mempunyai minat yang sama

Ada orang cakap dengan mengembara anda ada dapat mengenali kawan ataupun teman yang pergi bersama dengan anda. Oleh itu seeloknya anda berdua perlu mempunyai minat yang sama jadi tidak timbul sebarang perbalahan aktiviti atau tempat mana yang hendak dituju.

7. Cuba tidak berhubung dengan Internet

Sesekali apabila pergi ke tempat orang cuba anda elakkan daripada melayari Internet dan sosial media. Dari situ anda akan lebih menghayati perjalanan yang anda lalui.

8. Bertemu keluarga dan saudara-mara

Mungkin ada ahli keluarga dan saudara mara yang tinggal berhampiran tempat yang anda hendak pergi. Apa kata luangkan sedikit masa untuk menziarahi mereka dan mengeratkan ikatan kekeluargaan.

9. Melancong ketika bekerja

Bagi sesetengah orang kerja mereka yang membuatkan mereka dapat melancong dan mengembara ke tempat orang. Apabila anda dihantar bekerja ke luar negara tidak bermaksud anda perlu menghabiskan sepenuhnya masa dengan urusan kerja sahaja. Cuba ambil sedikti masa untuk melawat beberapa tempat menarik di negara yang anda bekerja.

10. Just do it

Ada yang menunggu sehingga waktu yang sesuai untuk pergi mengembara dan kerap kali juga perancangan tertunda kerana urusan kerja dan sebagainya. Kadang kala terlalu banyak berfikir akan menjadi penghalang untuk merealisasikan impian anda jadi apa kata, pergi sahaja mengembara!

VIDEO: Vitdaily Vlog #1 | Mim’s Tomyam

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram