11 Cerita Nutella Yang Anda Mungkin Tak Tahu

0
7541

Siapa sahaja pasti kenal sapuan coklat terkenal iaitu Nutella kerana rasanya tak pernah mengecewakan dan sesuai dimakan dengan apa sahaja baik roti, kek, buah strawberry mahupun penkek.

BACA: Nutella Kini Jadi Pewarna Rambut

Walaupun di Malaysia harganya sedikit mahal namun ia masih mendapat tempat di hati para pelanggan kerana kualiti coklat dan rasa kacang hazelnut yang ada di dalam Nutella.

Sebagai peminat Nutella anda pasti ingin mengetahui lebih lagi berkenaan sapuan coklat terkenal ini oleh itu kami kongsikan 11 perkara yang mungkin anda tak tahu berkenaan Nutella yang sungguh sedap ini.

1. Jumlah botol Nutella yang dihasilkan setahun mampu meliputi Tembok Besar Cina sebanyak lapan kali!

2. Punyalah banyak Nutella yang dihasilkan dan dikatakan ia mampu disusun mengelilingi dunia sebanyak 1.8 kali.

3. Berat Nutella yang diproses setiap tahun adalah bersamaan dengan berat Empira State Building di Amerika Syarikat.

4. Nutella dicipta ketika kekurangan koko pada perang dunia kedua dan Pletro Ferrero menambahkan hazelnut di dalam coklat untuk memekatkannya.

5. Pada asalnya Nutella dijual didalam bentuk seketul seperti mentega dan pada tahun 1951 ia diolah menjadi sapuan yang dinamakan supercrema.

6. Jangka masa 23 tahun diambil sebelum ia dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1983.

7. Bahan utama Nutella bukanlah coklat tetapi gula kerana 56 peratus bahannya ada gula dan seterusnya minyak sawit, selepas itu barulah hazelnuts, koko, susu dan bahan-bahan lain.

8. Setiap tahun tarikh 5 Februari adalah hari Nutella sedunia yang disambut oleh peminat Nutella.

9. Nutella pernah diiklan sebagai menu sarapan yang sihat tetapi ia telah disaman kerana memberikan iklan yang salah.

10. Sapuan coklat ini juga sangat terkenal di laman sosial media, ia mempunyai lebih 7 juta tagged di Instagram dan lebih 31 juta likes di Facebook.

11. Secara kasarnya setiap botol Nutella (400gram) mengandungi 52 biji hazelnut dan setiap tahun lebih 11 juta balang pelbagai saiz Nutella dijual. Cuba kira berapa banyak hazelnut yang digunakan.

VIDEO: 3 Cara Nikmati Nutella Sampai Pejam Mata

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram