12 Konspirasi Yang Anda Tak Perlu Percaya Mengenai Kehilangan MH370

0
20968

Pada 8 Mac 2014, negara digemparkan dengan satu peristiwa paling tragik iaitu kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal.

BACA: Pakcik Berkopiah Dengki Kafe Hispter Maju?

Kehilangan dilaporkan ketika pesawat menjalani rutin penerbangan harian. Misteri kehilangan pesawat masih belum terungkai hingga kini.

Operasi besar-besaran melibatkan beberapa negara demi mencari dan menyelamat pesawat tersebut telah dilakukan dan diberhentikan selepas tiga tahun berlalu.

Ianya meliputi kawasan dari Laut China Selatan hinggalah ke selatan Lautan Hindi.

Hari ini, genaplah 3 tahun tragedi misteri kehilangan pesawat tersebut. Pelbagai konspirasi dibuat untuk merungkai kesahihan punca kejadian misteri ini.

Kami bawakan 12 konspirasi yang tak perlu anda percaya mengenai kehilangan MH370.

1. Pesawat terbakar

Sumber dari Getty

Ada yang mengatakan punca kehilangan MH370 adalah kerana kebakaran.

Kejadian tersebut membunuh semua penumpang dan anak kapal sebelum merosakkan bahagian luar pesawat.

Ini dapat menjelaskan mengapa pesawat dalam keadaan panduan automatik (auto-pilot), terbang jarak jauh dari laluan.

Pesawat dikatakan terhempas di perairan pada kelajuan sekitar 600 batu sejam selepas meluncur turun dari ketinggian 35,000 kaki.

2. Dirampas dan menghala ke Afghanistan

Sumber dari Getty

MH370 didakwa telah dirampas dan diterbangkan ke Afghanistan. Semua kru dan anak kapal telah dijadikanan tebusan.

Anehnya, ada laporan mengatakan salah seorang tentera memberitahu akhbar tempatan di Russia, Moskovsky Komsomolets, bahawa kesemua kru dan penumpang masih lagi hidup.

Juruterbang diarahkan oleh pengganas untuk mengubah arah penerbangan ke negara tersebut.

Selain itu, sumber memberitahu bahawa dia mengenali kumpulan pengganas tersebut.

3. Keganasan

Sumber dari Getty/Reuters

Ada yang mengatakan bahawa sesuatu telah terjadi di atas pesawat ketika terbang yang menyebabkan juruterbang tidak dapat ‘buka mulut’.

Laporan menyebut terdapat dua penumpang menaiki pesawat dengan pasport yang dicuri.

“Sesuatu yang berlaku dan juruterbang tidak memberitahu sesiapa. Mengapa? Ia adalah luar biasa juruterbang gagal memanggil.” kata David Learmount dari majalah Flight Global.

“Mereka mempunyai banyak masa. Melainkan ada bom tetapi tidak ada bukti itu.”

4. Senjata rahsia

Sumber dari playbuzz.com

Laman web Natural News yang dikendalikan oleh Mike Adams melaporkan:

“Jika kita tidak dapat menemui serpihan, ia bermakna ada beberapa kuasa yang baru, misteri dan kuat di tempat kerja di planet kita, yang boleh mengambil alih pesawat dari langit tanpa meninggalkan walaupun satu pun bukti. “

5. Kesilapan ujian peperangan

Sumber dari getty

MH370 dilengkapi dengan kelengkapan elektronik yang hebat dan canggih.

Salah sebuah laman web menyatakan: “Teknologi ini adalah kepakaran yang dimiliki oleh syarikat Freescale, yang mempunyai pekerja yang kebetulan berada dalam penerbangan yang hilang itu.”

Ia juga mencetuskan teori pesawat itu diambil oleh Korea Utara untuk tujuan yang sama tidak diketahui.

6. Juruterbang cuba bunuh diri

Sumber dari thedailybeast.com

Tidak ada bukti kukuh yang menuduh Kapten Zaharie Ahmad Shah mahupun pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid sebagai punca.

Malaysia Airlines (MAS) berkata kedua-dua kakitangan mereka mempunyai rekod yang sangat baik.

“Kami tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa juruterbang kami yang menyebabkan MH370 hilang.”

7. ‘Hilang’ dari radar

Sumber dari cnn.com

MH370 turut diklasifikasikan sebagai hilang dari radar di bawah pesawat lain.

Blogger Keith Ledgerwood berkata: “Saya percaya bahawa MH370 mungkin terbang dalam bayang-bayang Singapore Airlines (SIA 68) semasa penerbangan melalui India dan Afghanistan ruang udara.”

“Semasa MH370 telah terbang ‘gelap’ tanpa transponder, SIA 68 tidak dapat mengetahui kedudukan tepat MH370 di sekitarnya kerana ia memasuki ruang udara India.”

8. Ditembak semasa operasi ketenteraan

Sumber dari newsfirst.lk

Buku ‘Penerbangan MH370: Misteri’ mendakwa pesawat itu telah disilap tembak oleh askar AS-Thai semasa mereka melakukan latihan ketenteraan.

Saudara-mara mangsa daripada 14 buah negara membuat kenyataan balas mengatakan penerbitan UK itu sebagai “tidak sensitif”.

9. Penipuan insurans

Sumber dari express.co.uk

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan pihak berkuasa telah meneliti setiap ruang kemungkinan bagi merungkai misteri kehilangan MH370.

“Mungkin ada seseorang dalam penerbangan itu telah membeli sejumlah besar insurans, yang mahukan keluarganya mendapatkan pampasan.” katanya.

10. Diego Garcia

Sumber dari pinterest

Teori seterusnya menyebut pesawat ini telah disorokkan di sebuah tempat yang dinamakan Diego Gracia, sebuah ‘markas’ dan penempatan rahsia bagi tentera-tentera Amerika.

Diego Garcia terletak di Lautan Hindi. Namun, pihak Amerika Syarikat menegaskan bahawa spekulasi tersebut tidak benar sama sekali.

11. Plot oleh CIA

Sumber dari kitaviral.com

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut memberi kenyataan menerusi blog rasminya.

“Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan daripada pesawat komersial, salah satunya ialah MH370. Seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.”

12. Penculikan makhluk asing

Sumber dari ibtimes.com

Pengguna media sosial turut membuat spekulasi. Salah satunya menyebut: “Saya percaya pesawat telah diculik oleh makhluk asing. Saya tahu saya bukan satu-satunya (yang percaya).”

Ada juga menambah: “Terdapat hanya dua pendekatan yang boleh dikaitkan dengan kehilangannya. Makhluk asing atau rompakan gaya Cooper DB.”

Kesimpulannya, semua spekulasi ini tidak dapat disahihkan selagi penemuan MH370 tidak berjaya. Salam takziah buat keluarga mangsa MH370. Semoga kalian tabah menghadapi musibah ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Kisah Diet Ayam Peri & Burger Tak Muat Mulut