16 Hari Berterusan Festival Makanan Di Pulau Pinang

0
4401
Sekadar gambar hiasan. Gambar: Penang.ws

Pulau Pinang sememangnya terkenal syurga makanan kerana kepelbagaian masyarakat di sana, bukan sahaja masakan Melayu bahkan pelancong yang berkunjung ke sana dapat merasai makanan Cina, Mamak, Peranakan dan banyak lagi.

BACA: Kedai Ramen Mangkuk Besar Di Pulau Pinang Viral

Oleh kerana itu, satu festival makanan akan diadakan di Pulau Pinang sepanjang April ini di beberapa lokasi yang berbeza.

Festival yang akan berlangsung selama 16 hari itu akan mempamerkan keunikan makanan di Pulau Pinang kepada orang ramai.

Gambar: The Malay Mail

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata festival makanan tersebut akan menjadi satu program yang istimewa di rantau Asia Tenggara.

“Ia akan mempamerkan makanan terkenal Pulau Pinang dan berlangsung selama 16 hari,” ujar beliau kepada The Malay Mail.

Pengurus besar, Penang Global Tourism, Ooi Chok Yan turut memberitahu sepanjang festival berkenaan pelbagai tema yang berbeza akan diadakan dan program-program lain turut diadakan.

Permulaan festival itu akan bermula dengan Street Food Festival yang bertemakan “Savour the Past” dan akan berlangsung pada 15 April di Jalan Pantai.

Festival tersebut akan membawa kembali kenangan penjual makanan kaki lima pada tahun 1970 yang pernah memenuhi kaki lima Pulau Pinang satu ketika dahulu.

Sekadar gambar hiasan. Gambar: SETHLUI.com

Seterusnya pada minggu berikut, pada 22 April akan berlangsung festival Taste of Penang yang bertemakan Enjoy The Present dan akan mempamerkan trak makanan sepanjang Jalan Kelawei bermula pukul 5 petang sehingga 11 malam.

Ooi turut berkongsi, penutup bagi festival makanan tersebut adalah Fringe Food Festival yang akan berlangsung pada 28 April sehingga 30 April Gurney Paragon Mall.

Acara tersebut akan mengetengahkan barisan chef dan mereka yang berpengalaman luas dan inovatif dalam penyediaan menu makanan dan minuman terbaru.

Selain itu 20 acara lain turut akan diadakan bersempena festival makanan ini seperti bengkel, lawatan dan juga gerai jualan.

VIDEO: Di Penang, Kami Makan Rojak Sambil Tonggek!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram