17 Gambar Festival Nasi Lemak Yang Mungkin Anda Terlepas

0
969

Nasi lemak sememangnya menu kegemaran hampir kesemua rakyat Malaysia bahkan menjadi menu tarikan apabila pelancong berkunjung ke Malaysia. Ibarat tak sah jika mereka datang ke Malaysia tanpa merasa kelazatan nasi lemak dan sambal tumis yang sedap.

BACA: 40 Nasi Lemak Sedap Bakal Terjah Kuala Lumpur!

Boleh dikatakan di ceruk mana dalam Malaysia pasti ada peniaga nasi lemak dan masing-masing terkenal dengan keistimewaan yang menjadi tarikan umum. Oleh kerana itu satu acara yang menghimpun peniaga-peniaga terkenal seluruh Malaysia telah diadakan pada 5 November 2016 iaitu semalam bertempat di TM Convention Centre, Bangsar.

Kami kongsikan gambar kemeriahan acara “I Eat Nasi Lemak” yang berjaya menghimpunkan hampir 40 gerai lemak terkenal dari segenap Malaysia.

Nasi lemak Chef Fauzi memang padu!

nasi-lemak-vitdaily-017

Kemesraan para peniaga nasi lemak buatkan kami beli 2 bungkus nasi lemak di sini.

nasi-lemak-vitdaily-018

Macam hari kantin zaman sekolah bila pakai kupon macam ini.

nasi-lemak-vitdaily-016

Berkongsi dengan rakan-rakan kesedapan nasi lemak yang dibeli.

nasi-lemak-vitdaily-015

Cendawan goreng ranggup+nasi lemak panas-panas, memang sedap kat sini.

nasi-lemak-vitdaily-012

Der, tolong hantar mak aku pegi pasar , Belikan nasi lemak, Boss engkau dah lapar” Altimet pun support event ni!

nasi-lemak-vitdaily-019

Ayam goreng panas-panas turut disediakan.

nasi-lemak-vitdaily-013

Fokus betul akak ni bungkus nasi lemak. Good job kak!

nasi-lemak-vitdaily-014

Berkongsi nasi lemak bersama keluarga erat kasih sayang

nasi-lemak-vitdaily-007

Nasi lemak bungkus dijual murah-murah

nasi-lemak-vitdaily-008

Nasi lemak Sambal lebih, ikan bilis lebih, kacang lebih satu!

nasi-lemak-vitdaily-004

Gabungan klasik, nasi lemak dan sambal ayam. Memang best!

nasi-lemak-vitdaily-003

Unik nama gerai nasi lemak ni

nasi-lemak-vitdaily-010

Rambang mata dengan pilihan nasi lemak yang dijual semalam.

nasi-lemak-vitdaily-002

Ayam goreng crunchy panas-panas!

nasi-lemak-vitdaily-009

Demi nasi lemak ramai beratur panjang

nasi-lemak-vitdaily-005

Berbilang bangsa datang dengan tujuan yang satu. Makan nasi lemak!

nasi-lemak-vitdaily-001

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram