26 Tahun Masih Kekal Resepi Burger Sengkuang

0
2438
Gambar: BH PLUS

Kebiasaannya burger akan dilapisi dengan salad, timun, bawang bersama sos dan mayonis namun berbeza dengan burger yang dijual oleh Mohd Awang Abdullah yang terletak di Kuala Terengganu.

BACA: Gagal SRP, Kini Hasil 3,600 Roti Burger Sehari

Kelainanan yang terdapat di gerai ‘Burger Wan’ ini adalah terdapat lapisan sengkuang yang dihiris agak tebal untuk memberikan keranggupan ketika setiap kali mengigit burger.

Gambar: BH PLUS

Selain itu burger yang dihasilkan itu disertakan dengan lada hitam ini turut diletakkan lobak merah dan daun bawang yang memberi rasa segar.

Mohd Awang memulakan perniagaan burger ini sejak tahun 1991 secara sambilan dan setelah meletakkan jawatan sebagai pembantu pejabat, beliau menumpukan sepenuh fokus terhadap gerai burger ini.

“Burger yang dijual ialah daging, ayam dan arnab iaitu serendah RM3.30 hingga RM7.20 sebiji. Sehari saya mampu meraih RM700 dan pada musim cuti sekolah atau cuti panjang jualannya mampu mencecah sehingga RM1,500” ujar Mohd Awang ketika ditemui BH Plus.

Burger jualannya itu bukan sahaja mendapat perhatian daripada orang ramai bahkan pelancong dan orang kenamaan turut menjadi pelanggannya seperti kerabat diraja Terengganu iaitu Almarhumah Tengku Datuk Farah Quraishiyah Sultan Mahmud.

Beliau turut memberitahu para pelancong daripada Vietnam, Indonesia, Thailand dan Brunei juga menjadikan burger jualannya sebagai bekalan untuk dibawa pulang kerana resepinya yang unik dan tahan lama.

Lokasi gerai burger ini strategik kerana berhadapan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan berhampiran dengan stadium negeri turut membantu melariskan jualan setiap hari.

Masih mengekalkan resepi yang sama sejak daripada dahulu ramai pelanggan yang mengakui kelazatan burger yang dibuat oleh Mohd Awang dan menjadi pelanggan setianya.

VIDEO: BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram