3 Gunung Kaki Hiking Perlu Tawan Di Sabah

0
422

Bagi mereka yang sukakan cabaran dan ketinggian alam semula jadi gunung ganang, Sabah merupakan tempat terbaik untuk dikunjungi. Pasti anda tidak akan kecewa sepanjang kunjungan anda di Sabah dan sudah pasti hormon adrenaline anda akan meningkat tinggi kerana cabaran gunung ganang yang terdapat di sini.

BACA: Cabar Dirimu, 7 Sebab Anda Perlu Mengembara Ke Seluruh Dunia

Kami kongsikan tiga gunung yang boleh dimasukkan dalam senarai gunung untuk anda daki semasa di Sabah.

Gunung Kinabalu

3-gunung-kaki-hiking-perlu-tawan-di-sabah-vitdaily-01
Ikon bagi negeri Sabah ini tidak lagi perlu diperkenalkan kerana pasti Gunung Kinabalu ini menjadi senarai wajib bagi komuniti pendaki. Selain mendaki sehingga ke puncak sebenarnya banyak juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini.

Bagi pengemar sukan extreme anda boleh mencuba Via Ferreta, mendaki ke puncak dan paragliding adalah matlamat ketika berada di sini. Bahkan pihak pengurusan telah membina dua laluan baru untuk ke puncak.

Laluan yang digunakan sekarang adalah Ranau Trail, melalui laluan ini pendaki akan dibawa melalui laluan timur. Manakala laluan baru iaitu Kota Belud Trail akan membawa pendaki daripada Panalaban (sebelum ini dikenali Laban Rata) di 3,272m sehingga Sayat Sayat (3,668m) dan seterusnya ke puncak di Low’s Peak di ketinggian 4,095.2m

Pada anda yang berminat untuk mendaki Gunung Kinabalu, anda perlukan stamina yang tinggi dan persiapan diri yang cukup.

Gunung Trus Madi

3-gunung-kaki-hiking-perlu-tawan-di-sabah-vitdaily-02
Anda sukakan ketinggian dan inginkan cabaran? Anda jangan lupakan untuk berkunjung di Gunung Trus Madi.

Terletak kira-kira 70 kilometer tenggara Kota Kinabalu dalam Daerah Tambunan, puncak kedua tertinggi di negara ini berada pada 2,642m tinggi dan menawarkan pengalaman mendaki yang mendebarkan.

Pendaki mempunyai tiga pilihan laluan untuk sampai puncak. Sekiranya melalui Wayaan Kaingaran, pendakian akan bermula daripada Tambunan. Manakala sekiranya melalui Wayaan Mastan dan Wayaan Manaan pendakian akan bermula daripada Keningau.

Tetapi pengembaraan bukan satu-satunya perkara yang ditawarkan di sini. Hutan Simpan Gunung Trus Madi yang bersempadan dengan empat daerah – Ranau di utara, Tambunan di barat, Keningau ke selatan dan Sook di timur. Jadi sediakan diri anda untuk diliputi oleh tumbuh-tumbuhan hijau yang subur.

Ganjaran yang sebenar adalah apabila anda sampai ke puncak. Di sana, anda akan disambut oleh pemandangan indah Gunung Kinabalu yang terletak di utara.

Gunung Tambuyukon

3-gunung-kaki-hiking-perlu-tawan-di-sabah-vitdaily-03
Gunung yang mempunyai dua puncak ini mungkin kalah sekiranya dibandingkan dengan Gunung Kinabalu dan Gunung Trus Madi daripada segi ketingian. Namun, mendaki gunung ketiga tertinggi di Malaysia adalah satu cabaran yang lebih susah daripada segi laluan dan jarak untuk ke puncak.

Cabaran sebenar adalah 14km perjalanan untuk ke puncak yang mengambil masa selama empat hari tiga malam. Pendaki perlu memulakan pendakian daripada stesyen Monggis. Tempat tersebut mempunyai kemudahan asas untuk berkhemah.

Dua jam pemanduan ke steysen Monggis daripada Ranau, perjalanan terbaik adalah menggunakan kereta pancuan empat roda. Anda akan disajikan dengan keindahan flora dan fauna sepanjang pendakian ke puncak gunung.