38 Tahun Junjung Makanan Tanpa Tumpah

0
2733

Mempunyai kelebihan dan daya keseimbangan yang tinggi seorang pelayan restoran di China mampu untuk bawa lebih daripada 10 hidangan di atas kepalanya tanpa tumpah setitikpun.

BACA: Jambatan Unik Di China Tarik Perhatian Pelancong

Kemahiran menjunjung makanan yang diperolehi sejak 38 tahun itu telah menjadikan Chen ChangFa, 66, terkenal di kalangan masyarakat kampung dan pelancong yang datang ke situ.

Tradisi menjunjung makanan di atas kepala ini telah berusia 200 tahun dan Chen adalah generasi kesembilan yang meneruskannya.

Lebih menarik lagi, tradisi bernama Da Pen ini hanya boleh ditemui di Kampung Xiantan yang terletak di wilayah Sichuan, China.

Apa yang memeranjatkan adalah sejak 38 tahun yang lalu Chen tidak pernah memecahkan atua menumpahkan setitis sos pun dan beliau telah menjunjun lebih 300,000 mangkuk di atas kepalanya.

Apabila ada majlis perkahwinan atau pesta keraian, Chen sering dijemput untuk menghidangkan makananan kepada tetamu.

Apabila hendak melakukan aksi tradisi itu, Chen akan memakai selipar yang diperbuat daripada jeram dan melilitkan tuala putih di kepalanya bagi menjunjung dulang panjang yang mempunyai berat hampir 10 kilogram.

Selipar yang dipakainya itu mampu tahan gelincir dan tuala pula berperanan sebagai penstabil dulang makanan ketika beliau berjalan.

Kemahiran yang ada pada Chen ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana beliau turut berlatih untuk membawa pelbagai jenis hidangan daripada masakan daging sehinggalah jenis masakan bersup.

VIDEO: Udang Buttermilk Telur Masin Yang Padu Gila! 😱

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram