4 Tips Berguna Jika Anda Mahu Bercuti Di Cameron Highlands

6
34661

Tips kali ini dikongsikan oleh Raisul Fadhla Safiruddin dan apa yang menarik, tips sebegini sangat berguna untuk dijadikan rujukan sebelum pergi ke Cameron Highlands. Jom baca sama-sama.

BACA: 5 Lokasi Percutian Hujung Minggu Yang Menjimatkan

Tips ini saya perolehi daripada Puan Fadillah Nur. Dan saya tuliskan semula di sini untuk rujukan saya. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ada manfaat untuk rakan-rakan yang membaca. Antara tipsnya adalah seperti berikut:

1. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?

4- 4 Tips Berguna Jika Anda Mahu Bercuti Di Cameron Highlands - ROTIKAYA

+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal
+ sukar untuk dapat parking kereta
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal
+ kurang privasi

2. Beli buah, sayuran, teh, buah tangan di kawasan S Corner

3- 4 Tips Berguna Jika Anda Mahu Bercuti Di Cameron Highlands - ROTIKAYA

Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.

Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis sebanyak 5 pek dengan harga semurah RM10 berbanding jika anda beli di kawasan lain, mungkin hanya 3 pek dengan harga RM10.

Anda boleh beli teh uncang dengan harga RM5 sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat. Puan Fadillah Nur pernah beli 20 kotak teh uncang dengan harga RM100, kemudian dapat percuma sekotak strawberry white coffe.

Sayuran segar dan gemuk di sini cuma RM10 bagi 8 pek yang anda boleh pilih.

3. Nak makan kenyang dan lauk sedap? Cari kedai Kak Yam

Kalau mahu makan nasi berlauk dengan porsi (portion) yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.

4. Hotel budget? Ada berhampiran Kedai Kak Yam

5- 4 Tips Berguna Jika Anda Mahu Bercuti Di Cameron Highlands - ROTIKAYA

Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta dulu, kemudian jalan kaki untuk buat survey. Biasanya backpackers suka menginap di hotel seperti itu.

Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

Mahu kongsikan tips di Cameron Highlands juga? Boleh tinggalkan komen anda di bawah. Jom follow kami di Facebook dan Instagram.