5 Bahan Boleh Hilangkan Rasa Mengantuk

0
812

Rasa mengantuk memang satu perkara yang biasa terjadi apabila berada di pejabat ataupun di dalam kelas. Ia disebabkan mungkin anda terlalu kepenatan ataupun tidak dapat tidur yang secukupnya.

BACA: 7 Tips Mudahkan Melancong Bersama Kanak Kanak

Kebiasaannya meminum kopi panas adalah cara termudah untuk menahan rasa mengantuk kerana kafein yang ada dalam kopi dapat mengaktif sel-sel otak dan memberi kesegaran.

Namun begitu ada sesetengah orang tidak boleh meminum kopi kerana migrain ataupun faktor kesihatan yang lain.

Jangan risau sebenarnya terdapat lagi beberapa benda lain yang boleh mengantikan kopi sebagai penghilang mengantuk.

1. Akar bunga dandelion

Mempunyai rasa seperti kafein, akan bunga ini boleh dibancuh sebagai teh dan diminum sekiranya anda mengantuk.

2. Coklat hitam

Coklat hitam bukan sahaja boleh menguruskan badan, ia juga mengandungi kafein dan dapat membuatkan badan anda terasa segar dan bertenaga.

3. Buah avokado

Buah avokado sememangnya kaya dengan potassium dan dapat memberikan tenaga kepada anda. Mungkin anda boleh jadikan salad avokado sebagai sarapan supaya tidak mengantuk di pejabat.

4. Buah pisang

Pisang juga terkenal sebagai pemberi tenaga yang cepat diserap dalam tubuh badan. Sama seperti avokado, kandungan potassium yang tinggi dalam buat pisang turut berkesan untuk menghilangkan rasa lapar dan mengantuk.

5. Almond

Dapat mengunyah kacang almong memang layan, ia bukan sahaja mengenyangkan bahkan kandungan vitamin E, B6, dan folat yang tinggi turut dapat menghilangkan rasa mengantuk. Jadi tidaklah anda termenguap lagi apabila di pejabat.

Namun sekiranya anda masih lagi mengantuk selepas makan dan cuba semua kami cadangkan ini, ambillah masa sekitar 10-15 minit untuk power nap. Ia memang berkesan untuk menyegarkan kembali badan anda yang keletihan.

VIDEO: Vitdaily Buka Puasa : Suriani Nasi Kukus

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram