5 Cara Boleh Buat Anda Hilangkan Gemuk Air

0
3763

Bagi orang yang berbadan besar mungkin mengalami berat air yang mengakibatkan tubuh badan menjadi lembik dan menggeleber serta bergoyang-goyang apabila berlari ataupun ketika berjalan pantas.

BACA: 10 Buah Negara Selamat Anda Kunjungi Tahun Ini

Selain itu ada cara lain untuk mengenal pasti gemuk air ini dengan menimbang berat badan pada waktu pagi dan malam. Sekiranya terdapat perubahan berat sekitar satu atau dua kilogram, kemungkinan besar anda mengalami gemuk air.

Antara punca terjadinya gemuk air ini adalah ketika kehamilan ataupun disebabkan kurang bersenam. Pemakanan juga menjadi punca terjadinya gemuk air ini sekiranya anda banyak mengambik makanan yang tinggi kandungan garam.

Bagi mengelakkan terjadinya gemuk air, mungkin anda boleh cuba beberapa langkah yang kami kongsikan ini.

1. Ambil makanan berserat tinggi


Makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bukan sahaja memudahkan anda untuk membuang air dan ia juga boleh menyerap air yang berlebihan ketika penghadaman.

2. Kurangkan makanan bergaram


Bagi anda yang gemarkan makanan bergaram tinggi seeloknya kurangkan pengambilan makanan seperti itu kerana ia akan menyebabkan badan menyimpan air yang berlebihan.

3. Banyakkan bersenam


Cara mudah yang boleh anda lakukan adalah dengan bersenam. Ketika anda berpeluh secara tidak langsung ia dapat membantu badan anda mengeluar air daripada badan.

4. Banyakkan minum air


Dalam usaha mengatasi gemuk air jangan sesekali anda elak daripada minum air. Sebenarnya lebih banyak anda meminum air lebih cepat gemuk air dapat diatasi.

5. Pergi ke sauna


Haba dan wap daripada sauna dapat membantu anda membuang air yang berlebihan daripada badan. Boleh dikatakan cara ini antara yang paling efektif, namun jangan terlalu kerap kerana ia boleh mengakibatkan dehidrasi.

VIDEO: Sedap Betul Air Pandan Monster, Crazy Blue!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram