5 Cara Masak Pasta Lagi Sedap Dari Biasa

0
8180

Pasta merupakan makanan paling mudah dimasak dan cepat siap dalam beberapa minit. Namun, anda pasti bosan dengan rasanya yang sama setiap kali anda makan pasta. Anda boleh cuba lima cara masak pasta yang bakal menjadi kegemaran anda.

BACA: Apa Sebabnya Orang Tergilakan Donut Spaghetti Ini?

1. Rebus dengan susu

Sumber dari damndelicious.net

Jika sebelum ini anda selalu rebus pasta menggunakan air biasa, kini anda boleh cuba rebus pasta menggunakan susu untuk mendapatkan rasa yang lemak berkrim.

2. Rebus dengan air mendidih

Sumber dari commonsenseevaluation.com

Seeloknya anda masukkan pasta selepas air telah mendidih sepenuhnya. Air mendidih membuatkan pasta lebih sedap untuk dimakan.

3. Goreng sebelum masak

Sumber dari dailymail.co.uk

Walaupun kedengaran agak pelik tetapi cara ini mampu memberikan rasa yang berbeza malah pasta anda akan mempunyai tekstur yang lebih baik. Goreng selama empat minit dan anda boleh mula masak seperti biasa.

4. Rendam dengan air sejuk

Sumber dari altonbrown.com

Selain menggoreng, merendam pasta dengan air sejuk juga mampu memberikan tekstur pasta yang bagus. Selepas itu, anda boleh merebus pasta seperti biasa.

5. Rebus dengan baking soda

Sumber dari rocketnews24.com

Untuk pengetahuan anda, baking soda boleh membuatkan pasta bertukar menjadi ramen kerana tekstur pasta akan menjadi kenyal setelah direbus. Hanya tambah satu sudu besar baking soda semasa merebus dan ianya terus bertukar ramen!

Kini ada tidak akan bosan lagi apabila makan pasta. Hanya perlu kreatif dengan cara masakan yang betul serta resepi yang bagus boleh menjadikan hidangan lazat dari biasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Spaghetti Kambing?