5 Cara Turunkan Berat Badan Tanpa Berdiet

0
1299

Azam tahun baru yang paling terkenal adalah “saya ingin mengurangkan berat badan” memang cliche betul azam sebegitu. Bagi anda yang bercita-cita menurunkan berat badan perkara yang paling penting adalah kecekalan hati menahan segala godaan makanan.

BACA: Jika Anda Pernah Gemuk Dan Kini Kurus, Tak Perlu Tukar Passport

Selain pemakanan yang betul dan senaman yang dilakukan adakah anda tahu ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menurunkan berat badan walaupun anda tidak berdiet dan bersenam secara serius.

Oleh itu kami kongsikan beberapa perkara yang anda boleh amalkan dalam kehidupan seharian untuk menjaga berat badan dan kesihatan.

1. Minum air kosong dan makan buah sebelum hidangan utama


Sebelum anda makan hidangan utama sebaiknya terlebih dahulu anda minum segelas air kosong dan sepotong buah-buahan. Ia dapat membuatkan anda cepat berasa kenyang dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan.

2. Gunakan pinggan kecil


Cara ini melibatkan psikologi anda sebenarnya. Apabila anda melihat satu makanan memenuhi satu pinggan yang kecil otak anda memberitahu kuantiti makanan tersebut adalah banyak dan anda akan berasa puas ketika makan.

3. Berkongsi makanan


Apabila makan di restoran atau di rumah, pastikan anda berkongsi makanan dengan kawan-kawan atau keluarga anda. Jadi anda tidak perlu menghabiskan makanan tersebut walaupun sudah kenyang.

4. Makan coklat


Ketika anda ingin mengurangkan berat badan jangan terlalu menahan keinginan untuk merasai makanan seperti kek atau coklat. Anda tetap boleh mengambil makanan seperti itu tetapi di dalam kuantiti yang kecil.

5. Tidur secukupnya


Perkara ini juga penting kerana sekiranya anda tidur lewat, kebarangkalian anda untuk makan lewat malam itu adalah tinggi. Jadi cukupkan masa tidur anda supaya badan dan berehat dan ketika tidur juga sebenarnya kalori dalam badan akan turut terbakar.

VIDEO: Kenapa Makan Di Pak Uda Kitchen & Grill Sangat Berbaloi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram