5 Cara Untuk Hilangkan Bau Menggoreng Di Dapur

0
670

Memasak merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan sebenarnya apatah lagi jika sedang menyediakan juadah hidangan untuk ahli keluarga atau menerima tetamu yang istimewa.

BACA: 5 Nama Pelik Tempat Percutian Di Malaysia

Namun, adakalanya anda pasti tertekan dengan bau gorengan makanan yang melekat di setiap ruang dapur bahkan hampir ke seluruh rumah.

Bayangkan, hidangan yang lazat tersedia di meja makan namun bau yang kurang menyenangkan masih berada di dalam rumah anda.

Kami kongsikan 5 cara bagaimana menghilangkan bau menggoreng di dapur anda.

1. Buka ruang udara sebelum memasak

Sumber dari desainrumahnya.com

Jika anda mahu memasak, sebaiknya buka dahulu tingkap atau pintu dapur anda dan hidupkan kipas. Ini membolehkan udara terarah ke luar dan tidak terkumpul di dapur. Sekiranya anda mempunyai hud penyedut udara memasak, itu lebih baik.

2. Tutup pintu bilik berdekatan

Pastikan anda menutup pintu bilik yang berhampiran dengan dapur. Ini kerana anda boleh mengelakkan bau gorengan supaya tidak meresap ke dalam bilik terutama bilik tidur, ruang tamu dan bilik mandi.

3. Bersihkan alatan memasak segera

Sumber dari wanmuliani.com

Selesai memasak, pastikan alatan memasak yang digunakan dicuci dengan segera sebersih mungkin. Hal ini untuk mengelakkan bakteria merebak dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan di samping memudahkan kerja selepas memasak.

4. Air rebusan hasilkan bau wangi

Bagi menghilangkan bau gorengan, anda boleh melakukan tips ini. Masukkan secawan air dan satu sudu besar cuka dan didihkan di dalam periuk kecil. Biarkan selama beberapa minit.

Boleh juga ditambah dengan ekstrak vanila, hirisan lemon atau kulit kayu manis bagi menghasilkan bau semulajadi dan membuang bau gorengan anda.

5. Guna serbuk kopi atau serbuk soda

Sumber dari mariafirdz.com

Jika anda ada lebihan serbuk kopi atau soda, bolehlah diletakkan di dalam mangkuk dan biarkan semalaman di dapur. Kopi atau soda menyerap bau hapak dan gorengan yang ada di sekitar dapur anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Ingat Susah Sangat Nak Buat Dumpling, Senang Je Rupanya