5 Cara Untuk Olah Masakan Tak Sedap

0
965

Apa yang anda akan lakukan jika masakan anda tiba-tiba tidak menjadi? Nak buang tapi sayang? Jangan risau, ada lima cara mudah untuk anda olah masakan tersebut jadi lebih sedap dan berperisa.

BACA: Ini Jadi Bila Anda Makan Aiskrim Hitam

1. Sup terlebih masin

Sumber dari ustatic.priceza.co.id

Anda hanya perlu buang sedikit air dan tambah bahan lain bagi mengurangkan rasa masin di dalam sup. Sup yang masin boleh diolah semula menggunakan lemon atau cuka. Selain itu, anda boleh masukkan kentang dan juga mee bagi menyerap rasa masin tersebut.

2. Kek melekat di loyang

Sumber dari thefinercookie.com

Kek yang baru keluar dari oven biasanya akan melekat sedikit di loyang kerana ia masih panas atau anda lupa untuk sembur baking spray. Anda hanya perlu rendamkan bahagian bawah loyang dengan air suam beberapa minit.

Jika kek masih melekat, anda boleh rendamkan loyang dengan air panas sehingga kek boleh dikeluarkan. Ingat, jangan rendam loyang sehingga kek terkena air pula.

3. Coklat cepat keras

Sumber dari pastrieslikeapro.com

Coklat cepat keras jika anda membiarkan coklat terlalu lama selepas ia dicairkan. Tambah sedikit minyak sayuran dan kacau sebati. Tetapi, anda jangan tambah air kerana ia akan membuatkan coklat lagi keras.

4. Makanan terlalu pedas

Sumber dari foodprescription.guru

Apabila masakan menjadi terlalu pedas, anda boleh kurangkan pedas dengan menambah cuka. Selain itu, lemon dan gula juga boleh mengurangkan tahap kepedasan dalam sesuatu masakan.

5. Sayur cepat layu

Sumber dari seriouseats.com

Sayur menjadi cepat layu sebelum masak? Rendamkan sayur yang anda ingin masak dalam satu bekas dan isi bekas tersebut dengan beberapa ketulan ais. Kemudian, bilas sayur seperti biasa sebelum digoreng.

Usah panik jika masakan anda tidak menjadi seperti yang diinginkan kerana anda boleh gunakan tips di atas untuk menyelamatkan masakan anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

KERABU SEAFOOD DURJANA PEDAS