5 Gajet Wajib Bawa Pergi Mengembara

8
2779
Gambar: Zahariz Khuzaimah

Sejak akhir-akhir ini ramai orang telah berkongsi pelbagai cerita dan tips sepanjang pengembaraan mereka baik daripada bajet dikeluarkan, tempat yang harus dilawati, makanan menarik yang wajib dimakan dan pelbagai lagi cerita lain.

BACA: Cabar Dirimu, 7 Sebab Anda Perlu Mengembara Ke Seluruh Dunia

Dalam masa yang sama usah dilupakan sudah semestinya sepanjang pengembaraan seseorang itu memerlukan gajet untuk menjadi teman ketika perjalanan. Berikut adalah beberapa gajet yang penting selain smartphone untuk anda bawa bersama ketika mengembara.

1. GPS Navigation

5-gajet-wajib-bawa-pergi-mengembara-vitdaily_02
Global Positioning System (GPS) Navigation merupakan antara gajet terpenting bagi seorang pengembara terutamanya ketika berada di tempat yang asing.

Walaupun kini pelbagai aplikasi GPS boleh dimuatturun ke dalam telefon pintar tetapi lebih baik sebagai pengembara sejati anda dapatkan GPS Navi yang berasingan kerana fungsinya lebih menyeluruh.

Pilih sahaja GPS Navi yang bersesuaian dengan bajet dan kehendak anda di pasaran.

2. Kamera

5-gajet-wajib-bawa-pergi-mengembara-vitdaily_03
Jangan lupa rakamkan detik-detik indah sewaktu kembara untuk dijadikan kenangan. Bagi pengembaraan bercirikan backpacking, anda disarankan untuk tidak membawa kamera DSLR.

Cukup sekadar high end mirrorless camera ataupun action camera yang kecil tetapi mampu menghasilkan gambar yang berkualiti.

Usah lupa bawa sekali kad memori dan bateri yang lebih supaya tidak terlepas detik indah sewaktu mengembara.

3. Tablet

5-gajet-wajib-bawa-pergi-mengembara-vitdaily_04

Ada waktunya ketika kembara anda akan merasa bosan dan perlukan hiburan. Jadi dengan gajet ini dapat mengisi kebosanan anda dengan pelbagai aplikasi yang ada dalam tablet tersebut.

Dapatkan tablet yang bersaiz 7 inci ataupun 8 inci sudah memadai.

4. Powerbank/External Battery

5-gajet-wajib-bawa-pergi-mengembara-vitdaily_05

Bawa sekali powerbank ataupun external battery untuk masalah gajet yang kehabisan bateri ketika pengembaraan.

Powerbank yang berkuasa 10000mAh keatas adalah pilihan terbaik untuk dibawa bersama. Usah dilupakan kabel pengecasnya sekali.

5. Digital Weighing Scale

5-gajet-wajib-bawa-pergi-mengembara-vitdaily_06

Mungkin anda terfikir apakah kegunaannya? Dengan adanya gajet ini anda tak perlu risau atau berkira-kira sama ada bagasi dan beg yang dibawa melebihi had yang ditetapkan ataupun tidak.

Bawa yang bersaiz mini sahaja supaya mudah disimpan di dalam beg dan tidak membebankan anda.

Diharapkan tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda mengembara dengan lebih selasa dan yakin. Selamat Mengembara!!