5 Jenis Makanan Anda Boleh Buat Dengan Durian

0
462

Bagi peminat durian, mesti akan tertunggu tunggu musim durian untuk cari durian yang terbaik, paling manis, lembut dan isi yang banyak. Tapi tahukah anda bahawa anda boleh buat 5 jenis makanan berasaskan durian yang boleh buat anda makan tanpa henti?

BACA: Kisah Pereka Replika Makanan Realistik Di Jepun

1. Durian Crepe

Sumber dari leowills.blogspot

Mungkin ramai yang tak tahu isi durian juga boleh dibuat menjadi durian crepe. Hanya tambah whipped cream dan buat lapisan kulit luar dah siap untuk dimakan.

2. Cekodok durian

Sumber dari dapurkaknorexpres.blogspot

Sekali sekala tukar selera bila nak buat cekodok tapi dah bosan makan cekodok pisang jadi boleh buat cekodok durian bila ada durian di rumah.

3. Muffin durian

Sumber dari needmorenoms.blogspot

Untuk penggemar muffin, anda mungkin boleh cuba muffin berperisa durian. Mana tahu anda jatuh cinta dengan muffin durian hanya dengan satu gigitan.

4. Sambal tempoyak

Jangan buang isi durian bila ada lebih tapi simpan dalam peti ais untuk dijadikan tempoyak. Tumbuk cili api sikit dan gaul dengan tempoyak memang buat anda berselera makan.

5. Kek durian

Sumber dari songketbakery.com

Jangan tertipu dengan luaran kek yang seakan kulit durian betul. Anda boleh hadiahkan kek berbentuk durian ini kepada rakan yang “hantu durian”.

Sebenarnya durian adalah satu buah yang sangat unik kerana rasa dan baunya. Tapi tu bukan penghalang untuk anda mencari idea menarik untuk masakan berkaitan durian.

Lubuk Pasta Makan Puas Hati Kat Cheras?