5 Khasiat Yang Anda Dapat Bila Amal Makan Kurma

0
224

Kebiasaannya apabila hampir tiba dengan bulan Ramadan pasti banyak kedai mula menjual buah kurma bahkan ketika itu jugalah iklan bisikan Yusuf Taiyoob mula dimainkan di televisyen dan radio.

BACA: 7 Khasiat Durian Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Memakan buah kurma juga adalah antara sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW kerana ia mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk badan manusia.

Buah kurma juga antara makanan yang cepat memberi tenaga dan cepat diserap dalam badan. Bagi anda yang mengamalkan memakan buah kurma setiap hari sebenarnya akan memberikan beberapa manfaat untuk tubuh badan.

1. Mengurangkan risiko masalah jantung


Di dalam buah kurma terdapat bahan yang dapat menjaga kesihatan jantung anda. Selain itu buah kurma juga dapat mengurangkan kolestrol dalam badan.

2. Turunkan risiko strok


Terdapat kajian yang mengatakan kandungan di dalam buah kurma mampu mencegah dan menurunkan risiko seseorang diserang strok.

3. Lancarkan sistem pencernaan


Buah kurma juga kaya dengan kandungan serat dan kerana itu jika anda selalu sembelit dan mengalami masalah ketika membuang air besar, anda disaran untuk memakan kurma.

4. Kuatkan tulang dan gigi


Bagi anda yang mengamalkan memakan buah kurma, ia juga boleh menguatkan tulang dan gigi kerana kandungan kalsum dan zat besi yang ada dalam buah kurma. Selain itu kurma juga boleh menurunkan risiko anemia dan tekanan darah rendah.

5. Elak masalah lupa


Kurma juga adalah makanan yang baik untuk otak seperti kismis. Selain bermanfaat meransang sel neuron otak, kurma juga boleh mengelakkan risiko penyakit alzheimer dan sukar fokus.

VIDEO:Roti Bakar Kornet? (Jangan Pikir Lucah) | Day 2 In Jakarta