5 Lokasi Rahsia Untuk Lepas Penat Hujung Minggu

0
2234
Gambar: tprr.net

Bila tiba hari Jumaat pasti anda akan rasa teruja untuk menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga tersayang mahupun rakan-rakan dan destinasi yang hendak dituju mestilah memenuhi keinginan semua orang serta bersesuaian dengan bajet yang ada.

BACA: 20 Destinasi Percutian Idaman Seluruh Dunia

Kadang kala untuk mencari tempat yang bersesuain sangat memeningkan kepala, tersalah pilih tempat mungkin akan merencatkan perancangan yang telah anda lakukan. Selain itu destinasi yang hendak dituju pun tidak terlalu jauh daripada kota raya kerana cuti hujung minggu adalah satu tempoh yang singkat.

Oleh kerana itu kami kongsikan 5 lokasi rahsia yang boleh anda tuju bersama mereka yang tersayang dan habiskan masa berkualiti hujung minggu bersama-sama.

1. Sarang by The Brook, Kuala Kubu Baru

Gambar: Sinikaki
Gambar: Sinikaki

Berada tidak jauh dari Kuala Lumpur hanya kira-kira 45 minit memandu ke arah Kuala Kubu Bharu. Penginapan ala kontena ini lengkap dengan kolam renang dan persekitaran yang kehijauan dan pasti memberikan ketenangan.

Berada tidak jauh dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, anda boleh lakukan aktiviti seperti BBQ, jamuan kecil ataupun duduk santai dan mungkin anda boleh bawa bola dan bermain polo air dalam kolam renang.

Mengenai bilik penginapan, Sarang By The Brook menyediakan tiga jenis bilik; Regular Room (160 sq) Big Room (192 sq) dan Bigger Room (320 sq) dan berharga bermula RM180 sehingga RM250.

Setiap bilik mempunyai katil Queen size, aircond dan juga sambungan WiFi. Malah bilik air dan tandas turut disediakan dalam bilik.

2. Farm Ville Cafe And Homestay, Sekinchan

5-lokasi-rahsia-untuk-lepas-penat-hujung-minggu-vitdaily-3
Lebih dikenali ramai dengan nama Hotel Kontena, Sekinchan, tempat ini kami rasakan menarik kerana terletak betul-betul bersebelahan sawah padi dan pemandangannya sungguh menenangkan hati dan minda dek kerana penat berkerja.

Kira-kira 40 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur melalui lebuhraya latar ataupun melalui jalan Klang-Kuala Selangor anda pasti tidak rasa kecewa untuk habiskan masa hujung minggu di sini.

Struktur yang dibina menggunakan kontena memberikan rasa trend terkini dan usah risau kerana bilik yang disediakan turut selesa untuk berehat. Harga bilik turut berpatutan iaitu daripada RM98 sehingga RM198 sangat berpatutan bgi ramai orang.

3. The Sticks, Kuala Kubu Baru

Gambar: powideas.co
Gambar: powideas.co

Kalau anda seorang yang gemarkan aktiviti adverture kami cadangkan The Sticks yang terletak di Kuala Kubu Baru untuk anda berehat pada cuti huung minggu.

Kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur dan daripada pintu masuk hadapan lagi anda akan teruja dengan sedikit jungle trekking kira-kira 10 minit untuk sampai ke tempat penginapan. Bahkan dalam perjalanan anda akan melalui titi gantung yang merentas sungai dan jeram.

Berasal daripada kawasan perlombongan bijih timah yang telah diubahsuai menjadi sebuah resort yang mesra alam. Kemudahan di sini dibina supaya tidak merosakkan alam bahkan kuasa elektrik turut dijana dengan kuasa solar dan sumber air daripada sungai Meranti yang berdekatan.

Bagi penginapan pula anda boleh pilih sama ada untuk duduk di chalet ataupun pondok. Usah risau berkenaan nyamuk kerana turut disediakan kelambu macam tidur di kampung, pasti kenangan lalu mengusik jiwa.

Pelbagai aktiviti anda boleh lakukan di sini baik daripada junggle trekking, water rafting sehinggalah paragliding. Harga pakej juga berpatutan bahkan bagi yang menginap di The Sticks akan diberikan diskaun.

4. Nipah Guesthouse (Pulau Pangkor, Perak)

Gambar: booking.com
Gambar: booking.com

Bagi anda yang sukakan sesuatu yang ringkas kami cadangkan anda habiskan masa hujung minggu di Nipah Guesthouse, Pulau Pangkor Perak. Walaupun anda perlu memandu lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai ke jeti feri yang terletak di Lumut tapi perjalanan tersebut pasti berbaloi bila anda sampai di Pulau Pangkor.

Berkonsepkan kotej ala british, Nipah Guesthouse menerima banyak review yang positif daripada pengunjung sebelumnya walaupun tempat ini tidaklah seperti hotel mewah. Ini kerana apabila berada di sana anda akan disapa dengan kemesraan pemilik Nipah Guesthouse ini. Selain itu urusan tempahan juga mudah dan mereka cepat memberi respon.

Tempat ini boleh menampung kira-kira 25 orang pada satu-satu masa dan semestinya tidak sesak seperti hotel biasa dan anda dapat merasakan rasa privasi ketika berada di sini. Turut dilengkapi dengan kolam renang berhadapan bilik anda boleh berenang pada bila-bila masa.

Selain itu, ia turut berdekatan dengan pantai Teluk Nipah hanya jalan kaki dah boleh sampai. Di sana anda boleh lakukan pelbagai aktiviti air setelah berehat di kotej.

5. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang

Gambar: tprr.net
Gambar: tprr.net

Umum mengetahui Malaysia mempunyai khazanah hutan semulajadi yang sangat cantik dan semestinya tiada yang menolak untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan berehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Berada berhampiran Rawang, Selangor dan hanya 15 minit memandu daripada tol Jalan Duta, anda pasti akan tenang berada di sini sambil berenang di infinity swimming pool yang menghadap Bukit Takun.