5 Makanan Warna Hitam Anda Patut Cuba

0
4943

Warna hitam seakan menjadi kegilaan kepada orang ramai lebih-lebih lagi jika ianya berwarna hitam gelap tanpa ada campuran warna lain. Makanan juga tidak terkecuali dengan pelbagai jenis makanan berasaskan warna hitam.

BACA: Pizza Dengan Topping Emas RM9,000

1. Bakso hitam

Sumber dari pahlawanekonomi.com

Inovasi terbaru bakso ialah berwarna hitam. Jika sebelum ini terdapat banyak jenis bakso seperti bakso cheese dan bakso beranak, kali ini bakso hitam pula muncul. Rasanya agak berbeza dari bakso biasa dan warna hitam juga diperbuat daripada arang bambu Jepun.

2. Nasi goreng hitam

Sumber dari bukuresep.net

Bahan asas untuk membuat nasi goreng hitam ialah dakwat hitam sotong. Masak nasi goreng seperti biasa cuma tidak perlu tambah pes cili supaya warna akan menjadi hitam.

3. Jajangmyun

Sumber dari makanajib.com

Mesti ramai yang dah pernah rasa Jajangmyun atau black bean noodle sebelum ini. Mee ini berasal dari Korea Selatan dan ia mempunyai rasa yang unik kerana menggunakan kacang hitam sebagai sos.

4. Mee hitam

Sumber dari nibble.id

Ia sedikit berbeza dengan Jajangmyun tadi kerana mee ini berwarna hitam. Warna hitam mee diperbuat menggunakan dakwat hitam sotong atau kopi jadi rasanya tidak terlalu pelik.

5. Pancake hitam

Sumber dari epicurious.com

Selalunya pancake hitam ini berperisa coklat dan rasanya semestinya rasa coklat. Anda boleh cari tepung segera untuk pancake atau kafe untuk nikmati sendiri kelazatan pancake hitam.

Tidak semestinya makanan berwarna hitam tidak menarik dan tidak sedap. Mungkin ada yang tidak biasa melihat makanan berwarna sebegini dan tertanya-tanya apa rasa makanan warna hitam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Takoyaki Bapak Panas!