5 Masakan Aneh Yang Anda Tak Sanggup Makan

0
7961

Terdapat pelbagai makanan aneh yang wujud di dunia ini yang anda tak sangka ada orang makan. Sesetengah orang akan berasa loya apabila melihatnya tetapi bagi penggemar makanan aneh, ianya sungguh menyelerakan.

BACA: 5 Jenis Sushi Eksotik Anda Perlu Tahu

1. Mata ikan tuna

Sumber dari vuabien.com

Bukan sahaja isinya boleh dimakan, bahkan mata ikan tuna juga boleh dimakan. Walaupun ia kelihatan tidak menarik, namun mata ikan tersebut mempunyai rasa kenyal seperti sotong.

2. Telur 1000 tahun

Sumber dari history.com

Telur yang diperap beberapa bulan bersama abu dan kapur mentah hingga ianya berubah warna kehitaman. Lepas direbus anda boleh lihat kuning telur berubah menjadi warna hijau gelap manakala telur putih menjadi coklat gelap malah teksturnya juga seperti jelly.

3. Ikan basi

Sumber dari wizardshark.com

Ikan hering dari laut Baltik yang di perap bersama garam selama enam bulan ini mempunyai bau yang sangat busuk. Selain itu, rasanya juga meloyakan hingga boleh membuatkan anda muntah serta-merta.

4. Keju basi

Sumber dari afrrida2000.wordpress.com

Ia merupakan keju yang diperbuat daripada kambing biri-biri dan berasal dari Itali. Anda boleh makan keju ini semasa larva yang hidup di dalam keju masih hidup. Jika larva tersebut mati, anda tidak boleh makan kerana dikhuatiri tidak selamat.

5. Tarantula goreng

Sumber dari generasihero.com

Labah-labah Tarantula goreng merupakan makanan ringan jika anda melancong ke Kemboja malah ia juga sudah menjadi makanan harian bagi penduduk negera itu.

Hanya perlu buang bulu di badan labah-labah tersebut, direndam dalam gula serta garam semalaman dan keesokannya goreng seperti biasa. Pasti ianya rangup!

Yang pasti makanan-makanan aneh seperti ini bakal membuatkan perut anda sakit jika tidak dihadam dengan baik.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kasut Paling Mahal?