5 Masakan Budak Asrama Guna Periuk Nasi

1
11577

Kehidupan sebagai budak asrama sentiasa membuatkan kita berfikir di luar kotak bila datang bab-bab makanan dan cara penjimatan wang.

Walaupun tanpa dapur gas dan periuk belanga yang lengkap sebagai budak asrama tidak menjadikan itu sebagai satu alasan. Perut yang kosong harus diisi.

Mee segera adalah suatu makanan yang sinonim dengan kehidupan di asrama tapi usah terkejut dengan menggunakan periuk nasi elektrik budak asrama boleh menyediakan pelbagai jenis masakan.

Di sini kami kongsikan beberapa makanan menarik yang boleh disediakan menggunakan periuk nasi:

1. Nasi Goreng

Gambar: zulfadreamland.blogspot.com
Gambar: zulfadreamland.blogspot.com

Memasak nasi putih adalah perkara biasa tapi siapa sangka dengan gunakan periuk nasi budak asrama boleh gunakan untuk memasak nasi goreng. Kerja bertambah mudah bila gunakan perencah nasi yang sedia ada di pasaran, tak perlu nak potong bawang atau cili.

2. Sup Ayam dan Tomyam Campur

Gambar: royco.co.id
Gambar: royco.co.id

Bila ada nasi mestilah kena ada lauk. Masakan yang ringkas pasti menjadi pilihan budak asrama maka sup atau tomyam adalah masakan wajib yang dimasak gunakan periuk nasi. Dalam satu masakan lengkap dengan sumber sayuran dan protein.

3. Cucur dan Cekodok

Gambar: delimazamrud.my
Gambar: delimazamrud.my

Nama sahaja periuk nasi elektrik tapi budak asrama boleh gunakan untuk deep fried cucur dan cekodok. Kagum tak? Bukan sahaja cucur bawang atau cucur ikan bilis sahaja bahkan beraneka jenis cucur boleh digoreng dalam periuk nasi elektrik.

4. Murtabak Maggi

Gambar: friedchillies.com
Gambar: friedchillies.com

Hebat tak budak asrama masak murtabak? Walaupun hanya murtabak maggi bagi budak asrama ia satu masakan yang beyond the boundaries. Nak lebih sedap masukkan daging kisar dan cili padi. Lagi pedas lagi padu beb!

5. Ayam Masak Kukus

Gambar: azianhasan.com
Gambar: azianhasan.com

Gabungan kreativiti dan skill memasak yang mengagumkan, budak asrama boleh memasak ayam masak kukus siap pakej bawah masak nasi bahagian atas masak ayam. Nak sedap lagi gaul ayam sos tiram dan kicap pekat.

Keseronokan memasak sebenar bagi budak asrama bukanlah rasa yang sedap atau kesegaran bahan yang digunakan tetapi keseronokan sebenarnya apabila memasak beramai-ramai di dalam asrama dan berkongsi makan dengan rakan yang lain.

Buat budak asrama,
Hati-hati kalau ada spot check daripada pejabat pengurusan asrama dan utamakan keselamatan ketika memasak di dalam asrama. Selamat memasak!