5 Masakan Orang Bujang Wajib Tahu

0
8088

Menjadi orang bujang tak bermakna tidak perlu memasak kerana ketika bujang inilah masa yang sepatutnya seseorang itu belajar untuk memasak tak kiralah lelaki atau perempuan.

BACA: 5 Masakan Budak Asrama Guna Periuk Nasi

Apabila anda memasak sendiri secara tidak langsung ia dapat menjimatkan wang. Cuma anda kira, kebiasaannya apabila makan diluar sudah pasti RM10 hanya untuk makan itu belum kira kos minyak dan masa yang terbuang.

Bagi yang tinggal di rumah bujang pasti lebih banyak wang yang dapat dijimatkan kerana kos bahan untuk memasak boleh dikongsi bersama rakan yang lain.

Kemungkinan anda juga buntu untuk masak apa sebagai menu harian kerana anda pasti inginkan makanan yang sedap tetapi ringkas untuk disediakan dan sesuai untuk orang bujang, oleh itu kami kongsikan lima makanan atau lauk pauk yang wajib orang bujang tahu untuk menyediakannya.

1. Ayam masak merah

Resepi: iResipi.com

Lauk ayam masak siapa sahaja gemarkannya bahkan cara penyediaannya juga mudah. Bahan asas yang diperlukan adalah cili boh, bawang yang dikisar, air asam jawa serta garam dan gula. Kami pasti tidak sampai 30 minit anda boleh sediakan lauk ayam masak merah dan ia sesuai dijadikan untuk makan tengahari atau makan malam.

2. Telur dadar

Gambar: Resep Koki

Selain telur mata kerbau untuk nampak profesional sikit bolehlah anda sediakan telur dadar. Anda boleh tambah hirisan bawang, cili ataupun lobak merah dalam adunan telur dadar sebelum digoreng. Memang sedap bila dimakan bersama nasi putih dan kicap.

3. Sayur tumis

Gambar: Kumpulan Resep Paling Enak

Walaupun sebagai orang bujang makanan yang seimbang perlu diambil berat jadi anda wajib tahu menyediakan hidangan sayur dan pada kami sayur tumis ini adalah yang paling mudah untuk disediakan. Anda boleh guna sayur sawi, kailan, kobis atau apa jenis sayur untuk buat sayur tumis ini. Bahan yang diperlukan pun mudah seperti bawang merah, bawang putih dan sedikit garam atau kicap.

4. Sup ayam


Makanan jenis sup ini paling mudah untuk disediakan. Bak kata orang, campak-campak bahan pun jadi sedap. Tambah pula zaman sekarang perencah sup boleh didapati dari kedai, anda boleh

5. Ikan masak kicap

Gambar: Arohamizwa

Selain ayam dan telur apa kata anda cuba masak lauk berasaskan ikan juga. Sekali sekala berubah selera barulah sedap dan tak jemu. Pada kami ikan masak kicap ini adalah lauk yang ringkas untuk disediakan dan jaranglah tak menjadi kerana bahan-bahannya mudah. Hanya perlukan hirisan bawang merah, bawang putih, cili merah, kicap dan juga sedikit air asam jawa. Nak lebih sedap ikan itu digoreng terlebih dahulu dan jenis ikan yang sesuai adalah ikan kembong ataupun ikan selar.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram