5 Menu Sarapan Di Rumah Ketika Hujung Minggu

0
693

Hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu untuk berehat setelah penat berkerja pada hari-hari sebelumnya. Ketika ini adalah waktu yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan sarapan bersama di rumah adalah salah satu aktiviti yang baik untuk mulakan hujung minggu anda.

BACA: Anda Seperti Kembali Ke Zaman Silam Apabila Bersarapan Di Gerai Ini!

Bahkan Dr Fadhilah Kamsah, Motivator terkenal juga mengatakan makan bersama ahli keluarga adalah salah satu tips mencapai keluarga bahagia

Oleh itu kami kongsikan 5 menu yang boleh anda masak untuk sarapan mudah di rumah tanpa mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

1. Lempeng kelapa+Sambal Sardin

Gambar: Karangkraf
Gambar: Karangkraf

Pasti ramai di antara ibu bapa akan mengimbau kenangan makan lempeng kelapa sewaktu mereka membesar dan apa salahnya perkenalkan menu ini kepada anak-anak anda. Penyediaan yang cukup mudah dengan mengunakan tepung gandum, kelapa parut, air dan juga garam sememangnya cukup mudah untuk dibuat.

2. English big breakfast

5-menu-sarapan-di-rumah-ketika-hujung-minggu-vitdaily-02
Sesekali apa salahnya ubah citarasa dengan membuat set sarapan ini untu sekeluarga. Bahkan ia lebih menjimatkan daripada memesan di restoran atau kafe diluar. Pasti menyelerakan scrabble egg yang dimasak lembut dan dimakan bersama baked bean serta chicken ham. Boleh lengkapkan dengan kopi atau the gaya English.

3. Pulut kelapa parut+Ikan masin goreng

Gambar: Emmy Shaklee
Gambar: Emmy Shaklee

Menu ini juga salah satu menu kampung yang sesuai untuk anda sediakan sebagai menu sarapan untuk keluarga anda. Bagi generasi muda mungkin terasa janggal memakan pulut di waktu pagi tapi setelah merasanya pasti mereka akan menambah buat kali kedua. Lebih padu lagi sediakan sekali sambal tumis ikan bilis ranggup.

4. Bihun goreng seafood

Gambar: Variasilezat
Gambar: Variasilezat

Menu yang sangat sinonim untuk sarapan dan pasti juga ramai yang tidak akan menolak bihun goreng yang masih panas sewaktu sarapan. Anak-anak kecil pasti sibuk mengutip hidupan laut seperti sotong dan udang yang anda letak dalam bihun goreng ini.

5. Ubi kayu rebus+sambal tumis

Gambar: Eat Drink KL
Gambar: Eat Drink KL

Pasti menu ini membuka selera anda dan mengimbau kenangan bagi yang membesar di kampung. Ubi kayu yang direbus sehingga embuk dan sambal tumis yang pedas-pedas manis memang akan buatkan anda makan sambil berkongsi cerita apa yang telah berlaku sepanjang minggu bersama keluarga.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram