5 Nama Pelik Tempat Percutian Di Malaysia

0
6161

Negara kita Malaysia sememangnya memiliki panorama dan keindahan pantai yang memukau hampir di setiap pelusuk negeri.  Pulau seperti Langkawi, Pangkor, Tioman menyajikan anda pantai yang bersih dan menarik.

BACA: Ini Kesan Baik & Buruk Makan Daging

Namun, takukah anda bahawa terdapat pelbagai tempat rekreasi yang cantik namun mendapat nama yang pelik?

Lokasi tempat ini kurang diketahui oleh masyarakat dan merupakan lokasi paling menarik untuk dikunjungi bersama rakan taulan mahupun keluarga. Kami kongsikan dengan anda tempat percutian menarik tetapi mempunyai nama yang pelik.

1. Pulau Kentut Kecil & Kentut Besar, Kedah.

Sumber dari pinterest.com

Merupakan dua lambakan gugusan pulau di Langkawi, Pulau Kentut Besar dan Kentut Kecil ini mempunyai pemandangan yang memukau seperti pasir pantai yang bersih dan putih serta air yang jernih.

2. Sungai Bangang, Terengganu.

Sumber dari blogmazeer.com

Lokasi yang agak terpencil dan jauh menjadikannya jarang untuk dikunjungi. Anda harus mendaki dari Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun, lebih kurang 100 kilometer dari Kuala Terengganu untuk tiba ke sungai ini.

3. Pulau Babi Besar, Johor.

Sumber dari mahalo.cz

Pulau ini dikenali juga dengan nama Pulau Besar yang berlokasi di luar pantai timur Johor. Keindahan pantainya yang memukau pasti membuatkan anda terpesona. Anda perlu menaiki bot dari bandar Mersing untuk ke sini, dalam anggaran masa setengah jam.

4. Pulau Susu Dara, Terengganu.

Sumber dari noellenew33.blogspot.my

Jika anda pernah ke Pulau Perhentian, pasti anda akan dibawa ke pulau ini bagi menjalankan aktiviti snorkeling. DI sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil seperti Pulau Susu Dara Besar, Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong.

5. Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan.

Sumber dari gunungonline.com

Gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan ini mempunyai ketinggian 1461 meter dari aras laut. Ianya terletak di Jelebu, Negeri Sembilan dan lokasi yang sesuai untuk para pendaki.

Jika anda ke gunung ini, pasti anda akan bertemu air terjun Lata Kijang, salah satu air terjun yang tertinggi di semenanjung Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Train On Time Gila Kat Jepun!