5 Sayuran Untuk Wanita Kekal Bertubuh Langsing

0
969

Majoriti wanita di dunia ini pasti mempunyai impian untuk memiliki tubuh badan yang langsing supaya nampak sihat dan cergas, oleh itu pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan tubuh badan yang diimpikan.

BACA: Cara Simpan Lebihan Makanan Dalam Peti Ais

Selain bersenam dan melakukan aktiviti riadah yang dapat membakar lemak dan membentuk otot badan sebenarnya pemakanan juga memainkan peranan penting.

Anda mahu atau tidak untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing dan sihat, anda seharusnya mengamalkan diet seharian yang mempunyai komponen sayur-sayuran kerana pelbagai khasiat boleh didapati daripada kumpulan makanan berkenaan.

Oleh kerana itu kami kongsikan beberapa sayur-sayuran yang patut anda ambil lebih di dalam jadual pemakanan seharian anda.

1. Tomato


Tomato sebenarnya tergolong dalam keluarga buah-buahan namun ia dipercayai rendah kalori. Jadi ia sangat sesuai dimakan ketika sedang berdiet ataupun bagi buah tomato ceri anda boleh ambilnya sebagai snek jika lapar sementara menunggu waktu makan.

2. Timun


Timun juga boleh membantu menurunkan berat badan dengat cepat kerana ia hanya mengandungi 45 Kcal untuk sebiji timun. Timun juga kaya dengan kandungan air dan sodium yang boleh meningkatkan imunisasi tubuh.

3. Asparagus


Sayur asparagus sebenarnya efektif utnuk menurunkan berat badan dan mempunyai banyak kandungan nutrisi dan vitamin yang baik untuk tubuh badan anda. Selain itu asparagus juga boleh berfungsi sebagai detox yang dapat mengeluarkan bahan kumuhan dengna lebih baik.

4. Brokoli


Brokoli mempunyai kandungan antioksidan yang boleh menyegarkan tubuh ketika proses diet serta dikatakan mempunyai kandungan yang dapat mencegah kanser.

5. Bayam


Sayur yang terkenal kerana animasi Popeye The Sailor Man ini kaya dengan vitamin A, E, C dan K. Sayur ini juga boleh mempertahankan air dalam badan kerana kandungan serat yang tinggi.

Akan tetap perlu diingatkan juga selain mengamalkan lima jenis sayur-sayuran ini anda perlu perhatikan sumber makanan yang lain dan cara memasaknya. Kurangkan makanan yang berminyak dan mempunyai garam yang banyak supaya tubuh badan anda dapat menjadi sihat.

VIDEO: Senangnya Buat Kuah Rojak!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram