5 Sebab Hotel Maya Kuala Lumpur Bakal Jadi Pilihan Anda!

0
1165

Berpeluang untuk menginap di Hotel Maya Kuala Lumpur baru baru ini memang rasa bertuah betul. Lagi lagi kami turut berkesempatan mencuba sendiri beberapa servis yang disediakan di sini.

Untuk pengetahuan anda, hotel ini memegang status 5 Star Boutique Urban Resort Hotel. Eh tak mahu tunggu lama lama, jom kami kongsikan dengan anda sebab kenapa anda akan jatuh cinta dengan hotel ini.

Lokasi Strategik

Ini merupakan kelebihan buat mereka yang nak menginap di Hotel Maya Kuala Lumpur. Terletak berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC), Pavilion, Hard Rock Cafe selain turut dekat dengan LRT KLCC dan juga monorel Bukit Nanas. Betul tak kami kata, dekat dengan semua kemudahan bukan?

Bilik Memang Puas Hati, Harga Berpatutan Sangat

Pertama kali kami jejak kaki di dalam bilik hotel ini (Deluxe Suite), menjerit dibuatnya sebab memang luas dan selesa habis.

Ruang tamu yang luas di samping pemandangan yang menarik pastinya sesuatu yang anda mahukan bersama pasangan anda.

Di sini anda ada 3 pilihan bilik iaitu – Studio Room, Junior Suite, Deluxe Suite dan juga Executive Suite (Apartment) dengan 1 bilik (paling besar!)

Lokasi Terbaik Rehat Hujung Minggu

Ha, ini lagi best. Jika anda dan kawan kawan rasa nak luang masa hujung minggu tanpa diganggu suara bos, boleh datang sini. Selain kolam renang hydrotherapy yang disediakan, ada juga perkhidmatan spa di sini.

Malah perkhidmatan spa di sini adalah antara perkhidmatan yang sering membuatkan pelanggan mereka kembali lagi. Kami sempat cuba Maya Indulgence Signature Therapy selama 3 jam.

Untuk anda yang pertama kali datang ke sini, kita akan dihidangkan dengan teh halia terlebih dahulu dan juga diberikan penerangan serba sedikit tentang apa yang terdapat dalam pakej yang kita ambil.

Bermula dengan mandi stim, kita akan dibawa dalam bilik yang ada semua kelengkapan. Mula mula kaki akan direndam seketika dan kemudiannya sesi mengurut akan dimulakan.

Yang paling best sekali apabila selepas berurut (tukang urut di sini sangat berpengalaman), anda akan mandi susu! Tak pernah kami mandi susu dan pengalaman berbeza ini memang menarik betul untuk anda cuba.

Makanan Kat Sini Paling Champion!

Cakap pasal makanan, tak sah kalau anda tak cuba makan di Restoran Still Waters yang terdapat di sini. Berkesempatan mencuba beberapa menu makanan yang ada di sini, apa yang kami boleh katakan – rasa champion, harga pun memang berpatutan sangat-sangat. Kami kongsi video pendek kami makan di sana. Ajak kawan kawan anda makan sini dan rasai sendiri menu yang kami cuba ni.

Servis Memang Terbaik & Rahsia Sky Lounge Tingkat 13

Apa yang boleh kami katakan, sepanjang kami menginap di sini, sememangnya servis amatlah terbaik. Dari mula anda check in, makan breakfast dan check out, memang servis terjaga habis. Memang patutlah Hotel Maya Kuala Lumpur ni sudah bertahan hampir 13 tahun.

Oh, sebelum kami terlupa, ini ada rahsia sikit nak beritahu anda. Jika anda menginap di sini, jangan lupa luang masa di Sky Lounge di tingkat 13. Sebabnya dari tingkat 13 ini anda boleh tengok pemandangan cantik Kuala Lumpur dari sudut berbeza. Siap ada percuma kopi dari pukul 9 sampai 11 malam tau!

Jangan lupa untuk ke website www.hotelmaya.com.my atau follow Facebook dan juga Instagram mereka atau mungkin anda berminat untuk terus ke lokasi Hotel Maya Kuala Lumpur seperti yang tertera di bawah.

Hotel Maya Kuala Lumpur
138 Jalan Ampang, 50450,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-27118866
Fax: 03-27119966

Jom layan beberapa keping gambar di Hotel Maya Kuala Lumpur sepanjang kami berada di sana.