5 Sebab Kenapa Anda Kena Makan Kentang

0
500

Kentang adalah salah satu bahan makanan yang kebiasaannya dijadikan sebagai hidangan utama atau sampingan.

BACA: Pengantin Muda Di Terengganu Bakal Terima Tanah

Ramai antara kita yang selalu makan isi kentang dan membuang kulitnya.

Sumber dari merdeka.com

Kajian mendapati apabila kita memakan kentang bersama kulitnya, ia dapat memberikan nutrisi tambahan untuk tubuh kita.

Kami paparkan kepada anda beberapa manfaat yang boleh diperoleh dari kentang.

1. Banyak kalium

Umum mengatakan bahawa pisang adalah yang paling banyak zat kaliumnya. Begitu juga dengan kentang.

Kalium berfungsi menghindari dehidrasi dan menurunkan tekanan darah.

Dengan hanya memakan kentang yang dimasak bersama kulit, ia mengandung 1.600 mg kalium iaitu separuh dari jumlah kalium yang diperlukan tubuh setiap hari.

2. Kaya dengan serat

Sumber dari id.tastemade.com

Sebiji kentang jika dimakan bersama kulitnya membolehkan kita mendapat serat sekitar 7 gram, satu per empat yang diperlukan tubuh kita setiap hari.

Pengambilan kentang akan membuatkan kita kenyang lebih lama, selain membantu mengurangkan risiko serangan jantung.

Kentang juga mampu menurunkan kolesterol dan membantu mencegah diabetes.

3. Sumber mangan

Kajian menunjukkan sebiji kentang besar mengandungi 33% mangan yang sangat diperlukan oleh tubuh kita.

Fungsi mangan adalah untuk meleraikan protein, karbohidrat dan kolesterol.

4. Kaya dengan vitamin C

Kita mungkin mengetahui vitamin C banyak terdapat dalam buah oren dan kiwi. Begitu juga dengan kentang.

Sebiji kentang mampu memberikan separuh keperluan vitamin C dalam tubuh kita. Vitamin C berfungsi sebagai antioksida dan membantu dalam proses penyembuhan luka.

5. Penuh dengan vitamin B6

46% vitamin B6 yang diperlukan tubuh kita ada pada sebiji kentang. Vitamin B6 berfungsi memudahkan proses kardiovaskular, pencernaan dan ketahanan badan.

Jadi, jangan lihat kentang sebagai salah satu bahan sampingan sahaja. Siapa sangka, dalam sebiji kentang sudah bermacam khasiat yang boleh kita perolehi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT