5 Tanda Anda Ketagih Teruk Makanan Segera

0
489

Rasanya yang sedap, cepat disediakan dan harga yang mampu milik menjadikan makanan segera adalah antara pilihan orang ramai pada setiap hari walaupun ramai mengetahui kategori makanan ini adalah tidak sihat.

BACA: Nak Melancong Ke Korea Utara? Lawati 5 Tempat Ini

Ini kerana kebiasaannya makanan segera mengandungi garam dan bahan perisa yang tinggi dan tidak sesuai untuk mereka yang mementingkan makanan sihat.

Selain itu juga terdapat kajian yang mengatakan pengambilan terlalu banyak makanan segera ini boleh mengakibatkan ketagihan.

Oleh itu kami kongsikan beberapa gejala atau petanda yang menunjukkan sama ada anda sedang mengalami ketagihan terhadap makanan segera.

1. Simptom gelisah


Sekiranya anda mengalami kegelisahan apabila lama tidak memakan makanan segera ia adalah salah satu tanda yang menunjukkan anda sudah ketagihan.

2. Sukar menolak makanan segera


Sekiranya anda tidak dapat menolak pelawaan makanan segera walaupun sudah kenyang bermaksud anda perlu berhati-hati dengan keadaan diri anda.

3. Kadar pengambilan yang tinggi


Tidak menjadi masalah sekiranya mengambil makanan segera sesekali namun jika setiap hari anda memilih makanan segera pada waktu makan ia bermaksud anda sudah ketagihan.

4. Terlalu fikirkan makanan segera


Setiap apa yang anda fikirkan sebenarnya menunjukkan kemahuan anda jadi jika anda banyak menghabiskan masa dengan memikirkan tentang makanan segera juga menunjukkan anda sebenarnya sedang dalam ketagihan.

VIDEO: Random Rabu: Mudahnya Buat Biskut Diet, Hanya Guna Pisang Dan Oat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram