5 Tips Ambil Gambar Flatlay Makanan

0
2720

Menangkap gambar makanan sebelum makan sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan peminat makanan. Anda mesti tertanya-tanya macam mana mereka mengambil gambar makanan cantik seperti dalam Instagram. Anda boleh ikuti tips ini untuk dapatkan hasil gambar flatlay yang cantik.

BACA: Doktor Bidas 4 Mitos Makanan Mengarut

Sumber dari youthmanual.com

1. Kamera

Anda perlu mencari kamera yang mempunyai fungsi bluetooth atau wifi untuk memindahkan gambar dari kamera ke telefon bimbit. Jikalau anda pengguna smartphone dan mempunyai kualiti kamera yang baik, anda juga boleh menangkap gambar terus dari telefon anda.

Sumber dari tous-sur-internet.fr

2. Cahaya

Cahaya memainkan peranan penting dalam pengambilan gambar. Elakkan dari mengambil gambar dari sudut yang menampakkan bayang-bayang tangan anda. Pastikan cahaya datang dari arah hadapan atau tepi anda.

Sumber dari pinterest.com

3. Latar Belakang

Latar belakang putih lebih fokus kepada objek makanan yang ada di atas meja. Pinggan atau cawan berwarna putih juga membantu untuk nampak lebih fokus dan minimal. Tetapi, anda juga boleh bermain dengan warna agar gambar nampak lebih meriah dan ceria.

Sumber dari anakjajan.com

4. Angle menarik

Untuk dapat angle atau sudut yang menarik, pastikan telefon atau kamera anda betul betul flat ketika mengambil gambar. Jika ada senget sedikit, gambar akan nampak tidak sekata dan pelik.

Sumber dari poseandtoast.blogspot.com

5. Edit gambar

Perkara terakhir yang anda perlu lakukan ialah edit gambar dengan betul. Anda harus memilih filter yang bersesuaian dengan gambar. Terdapat pelbagai jenis filter anda boleh cuba tetapi tidak semua sesuai untuk gambar makanan. Selepas itu, anda boleh adjust pencahayaan, kontras dan warna untuk menampakkan gambar lebih menarik.

Selain daripada makanan, anda boleh guna tips ini untuk ambil gambar flatlay lain contohnya flatlay gambar atas meja kerja dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Sungguh Siput Sedut Tapi Sedap!