5 Tips Penting Bercuti Dengan Keluarga Besar

0
345

Bercuti bersama keluarga yang besar merupakan satu masalah jika anda tak buat persiapan yang rapi sebelum bercuti. Anda hanya perlukan 5 tips ini untuk merancang percutian bersama keluarga tersayang tanpa perlu risau lagi.

BACA: Dari Datsun Jadi Mini Camper Van Buat Travel

1. Bajet

Sumber dari wom.my

Kira berapa bajet anda sebelum pilih lokasi percutian. Ini bagi mengelakkan anda dari terlebih bajet untuk perkara-perkara yang tak penting. Anda boleh pilih pergi bercuti semasa ada promosi diskaun hotel atau tiket kapal terbang.

2. Penginapan

Sumber dari wanista.com

Seelok-eloknya pilih homestay, resort atau chalet untuk keselesaan satu keluarga. Cari yang ada tempat untuk anda sekeluarga bersantai seperti kolam renang supaya anak-anak atau orang dewasa boleh mandi-manda.

3. Aktiviti Luar

Sumber dari barcodealquiler.com

Cari aktiviti luar untuk semua orang boleh enjoy bersama seperti naik banana boat dan berkelah. Sambil bercuti dapat juga mengeratkan silaturrahim.

4. Tempat makan

Sumber dari assets.kompas.com

Kalau tempat anda bercuti susah nak cari makanan halal, anda boleh memasak sendiri di dapur yang disediakan. Kalau ada yang nak makan luar, anda harus berhati-hati memilih restoran yang bersesuaian dengan selera keluarga anda.

5. Melawat tempat menarik

Sumber dari oldlook.indonesia.travel

Rugi kalau pergi bercuti tapi tak melawat tempat-tempat menarik seperti tempat bersejarah, galeri seni dan pusat membeli-belah yang ada kerana ia adalah pengalaman indah anda bersama keluarga.

Bercuti bersama keluarga juga dapat membuatkan anda rasa lebih tenang dan dapat hilangkan stress di tempat kerja.

Selain itu, percutian ini merupakan peluang untuk anda berbaik semula dengan ahli keluarga jauh bak kata pepatah, “Buang yang keruh, ambil yang jernih“.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?