Kucing sepatutnya dimanja dan dibelai. Namun, sesetengah orang lebih suka memakan daging haiwan manja itu terutama di timur China. Sebanyak 500 ekor kucing ditangkap untuk dijual di restoran sekitar bandar lain.

BACA: Kantoi Seludup Durian Guna Dadah

Sumber dari astrogempak.com.my

Nasib baik menyebelahi kucing-kucing tersebut apabila pihak berkuasa berjaya menyelamatkannya daripada dijual dan dimakan oleh penduduk bahagian timur China.

Sumber dari santai2news.blogspot.my

Kucing itu diselamatkan setelah polis menangkap seorang lelaki dikenali sebagai Sun yang disyaki sebagai suspek kerana pernah melakukan aktiviti itu beberapa kali sebelum ini.

Sumber dari mstar.com.my

Seorang penduduk kampung dikenali sebagai Yang, membuat laporan polis setelah kucing peliharaannya dicuri termasuklah seekor kucing dimilikinya yang baru sahaja beranak telah hilang. Malah, Yang turut menyedari kucing di kawasan perumahannya juga semakin berkurangan.

Sumber dari santai2news.blogspot.my

Polis menemui kucing-kucing tersebut di satu kawasan yang dipercayai sebagai tempat untuk suspek menyorok kucing sebelum dijual di restoran.

Sumber dari santai2news.blogspot.my

“Suspek menggunakan burung pipit sebagai umpan untuk menangkap kucing. Beberapa kucing yang ditangkap adalah haiwan peliharaan dan yang lain adalah kucing jalanan,” ujar polis.

“Setiap kucing dijual dengan harga lebih dari 30 yuan (RM19),” tambah polis sambil mengakhiri perbualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Dah Azan Baru Nak Sahur?