6 Faedah Bila Cuci Muka Guna Air Basuhan Beras

0
571

Kebiasaannya apabila anda membasuh beras sudah pasti airnya akan dibuang setelah beras dicuci sehingga bersih. Akan tetapi adakah anda tahu air cucian beras mengandungi pelbagai khasiat yang berguna untuk kecantikan kulit wajah.

BACA: Empat Makanan Membentuk Pinggul Menarik Wanita

Dikatakan air cucian beras itu kata dengan mineral, antioksidn, vitamin B1, C da E yang berupaya mengecilkan liang pori, menegangkan kulit, memberi kecerahan dan menjadikan kulit lembut.

Selain daripada itu terdapat juga beberapa khasiat lain air basuhan beras terhadap kulit seseorang seperti yang kami kongsikan ini.

1. Kulit lembut dan halus

Anda boleh gunakan kapas yang direndam di dalam bekas air cucian beras dan sapu perlahan-lahan pada muka anda. Cara ini dapat menghilangkan kotoran dan sebum yang berlebihan pada kulit anda.

2. Menyegarkan wajah

Air cucian beras ini juga boleh dijadikan masker untuk memberi kesegaran pada wajah anda. Tekapkan kapas yang telah dicelup dengan air cucian beras pada muka dan biarkan seketika untuk 15 minit. Cara ini dapat memberikan kesegaran untuk muka anda.

3. Memberi kecerahan pada wajah

Air beras juga jika diamalkan untuk mencuci muka setiap akan menjadikan kulit anda lebih cerah dan cara ini lebih selamat berbanding anda menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia.

4. Mengecilkan pori-pori

Caranya ada dengan usap muka dengan kapas yang dicelup air basuhan beras dan akan mengecilkan liang pori-pori muka anda.

5. Penyembuh jerawat

Air cucian beras juga boleh membuatkan kulit anda bebas dari masalah jerawat dan ia bertindak secara semulajadi.

6. Atasi kulit berminyak

Anda boleh campurkan sedikit air basuhan beras dengan buih pembersih dan gunakannya untuk mencuci muka. Cara ini dapat mengatasi kulit wajah yang berminyak.

VIDEO: Vitdaily Buka Puasa : Ilham Nasi Kukus