Baru-baru ini enam restoran tanah air diiktiraf pada peringkat dunia melalui The World Street Food Congress 2017 yang diadakan di Manila, Filipina pada 31 Mei hingga 4 Jun lalu.

Penilaian dibuat oleh ahli panel terdiri daripada penulis pelancongan, wartawan, pengacara televisyen dan pakar-pakar dalam bidang masakan. Markah diberi berdasarkan tahap kebersihan, penggunaan ramuan, proses penyediaan, kualiti dan kelazatan makanan.

BACA: Mengamuk Sebab Gerai Kena Roboh Sebelum Raya

1. Nasi Kandar Line Clear, Pulau Pinang

Sumber dari asiawebdirect.com

Nasi kandar menduduki tangga ke sembilan daripada 50 restoran terbaik dunia. Nasi Kandar Line Clear memang layak memasuki Top 10 kerana ia merupakan nasi kandar terbaik dan diminati ramai. Buktinya, pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi kandar yang diidamkan.

2. Siam St Char Kway Teow, Pulau Pinang

Sumber dari chasechin.com

Istimewa char kway teow ini terletak pada cara masakannya iaitu ia dimasak menggunakan kayu api. Char kway teow utara seperti Pulau Pinang ini berbeza dengan char kway teow kita selalu makan kerana char kway teow bahagian utara tidak mempunyai kuah.

3. Fauzi Nasi Kerabu, Terengganu

Sumber dari terengganuhotspots.blogspot.my

Fauzi Nasi Kerabu menduduki tempat ke 23 setelah dinilai oleh ahli-ahli panel. Siapa balik raya di Terengganu, anda boleh singgah dan nilai sendiri kesedapannya.

4. Donald & Lily, Melaka

Sumber dari malaysianfoodie

Donald & Lily merupakan restoran yang menyajikan sajian nyonya. Tarikan utama restoran ini sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa ialah mee siam nyonya. Restoran ini menduduki tempat ke 34 dalam kongres tersebut.

5. Guan Heong Biscuit Shop, Ipoh

Sumber dari vkeong.com

Kedai biskut yang menjual pelbagai biskut ini juga mengharumkan nama negara dengan menduduki tempat ke 36. Kedai biskut ini mempunyai banyak pilihan biskut yang enak namun mereka lebih dikenali dengan Floss Biscuits.

6. Jalan Kuli Satay, Melaka

Sumber dari vkeong.com

Bahan perapannya yang mebuatkan sate ini lain daripada yang lain. Sun May Hiong Satay House menggunakan sos kacang yang dicampur dengan belimbing membuatkan sate mereka dikenali. Malah, sate ini mendapat tempat ke 43 daripada keseluruhan.

Sudah terbukti negara kita terkenal dengan pelbagai makanan yang menarik dan sedap-sedap belaka tanpa mengira bangsa dan agama. Ramai pihak luar meminati masakan tempatan, malah ada yang memenangi pertandingan memasak di luar negara dengan menyajikan masakan berasal dari Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gila, Tak Sampai RM50 Pun Boleh Makan Kat Me’nate!!!!