6 Tempat Pelik & Jelik Di Korea Selatan Anda Boleh Pergi

0
2583

Bagi yang mengunjungi Korea Selatan pasti akan pergi ke tempat-tempat yang biasa dikunjungi oleh para pelancong di sana sama ada tempat bersejarah ataupun tempat pelancongan.

BACA: Sediakan Tisu Sebelum Anda Tonton Iklan Makanan Segera Ini

Antara tempat yang terkenal untuk dikunjungi adalah Pulau Nami, Gunung Namsan, ataupun berkunjung ke Itaewon untuk mencari makanan halal yang banyak di sana.

Selain daripada itu, di Korea Selatan turut mempunyai tempat lawatan yang pelik dan kadangkala jelik juga bila difikirkan.

Oleh itu kami kongsikan enam tempat yang kami rasakan pelik tapi berbaloi untuk anda lawati sepanjang berada di Korea Selatan.

1. Sang Sang Gil, Changwon


Antara tarikan terkenal di tempat ini adalah daripada segi kesenian dan kebudayaan. Tempat ini hampir mirip dengan Walk of Fame di Hollywood, Amerika Syarikat. Nama-nama artis terkenal Korea Selatan dipahatkan di atas jalan ini.

2. Muzium Penjara Seodaemun, Seoul


Bagi yang berminat tentang sejarah setempat pasti mencari-cari muzium untuk dilawati. Oleh itu anda boleh berkunjung ke muzium penjara yang telah dibina sejak 1907 lagi. Muzium ini asalnya adalah sebuah penjara dan para pengunjung boleh merasai sendiri suasana penjara apabila berada di dalamnya.

3. Love Land, Jeju


Pastikan anda berumur atas 21 tahun ke atas untuk memasuki taman ini. Ini kerana Love Land ini mempunyai arca patung yang bertemakan seksualiti dan erotik. Kalau bawa kanak-kanak atau remaja bawah umur sila potong tempat ini dari senarai lawatan.

4. Panmunjeom Joint Security Area, Gyeonggi-do


Berada di sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara. Ia merupakan lokasi pertemuan dua negara terpisah ini apabila timbul sebarang itu berbangkit.

Untuk masuk ke dalamnya agak rumit juga kerana pelbagai prosedur perlu ditempuhi. Namun ia sangat berbaloi sekiranya anda meminati sejarah dan hubungan diplomatik antara negara.

5. Haesindang Park, Samcheok


Usah terkejut apabila datang ke sini kerana pelbagai patung dan arca simbolik berbentuk kemaluan lelaki terdapat di sini. Dikatakan ia berkait dengan lagenda seorang wanita yang bakal berkahwin namun mati lemas di pantai.

6. Toilet Theme Park, Suwon


Menghimpunkan pelbagai budaya tandas dari seluruh dunia mungkin anda akan rasa hendak termuntah apabila datang ke tempat ini. Namun itulah keunikan tempat yang penuh dengar arca orang sedang membuang najis.

VIDEO: Kisah Basikal & Pau Stim Nami Island

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram