7 Cara Mudah Beli Tiket Kapal Terbang Murah

0
12146

Bagi anda yang suka travel dan melawati tempat-tempat menarik di luar negara, perkara paling utama yang harus dititikberatkan ialah soal bajet. Kalau boleh, segala keperluan yang kita gunakan menepati bajet dan mencukupi. Tidak terlalu mahal dan berbaloi.

BACA: Roti Canai Transfer Road Cekik Darah, Tipu Pelanggan?

Antara bajet yang perlu ada ialah tiket kapal terbang. Selalunya, kos untuk membeli tiket kapal terbang ni sangat mahal, dengan keadaan ekonomi kita yang tak stabil dan nilai matawang yang rendah.

Kami kongsikan dengan anda 7 cara bagaimana membeli tiket kapal terbang yang murah untuk anda travel ke luar negara.

1. Tempah tiket awal sebelum travel

Sumber dari duniamelekitku.blogspot.cmy

Bagi memastikan tiket kapal terbang anda murah dan berbaloi, pastikan anda tempah tiket seawal 21 hari dari tarikh anda travel. Kalau tak, mahal jadinya nanti.

Kebanyakan syarikat penerbangan dah tetapkan sistem kuota untuk pembelian tiket. Biasalah, mereka juga inginkan keuntungan dan tingkatkan jualan.
Kuota ini telah diset untuk membolehkan anda menempah tiket murah dengan mudah. Sebagai contoh, sistem syarikat penerbangan dah tetapkan kuota 20 pembeli terawal dengan harga yang murah, selebihnya ikut harga standard.
Tapi, anda jangan booked awal sampai terlepas tawaran dari syarikat penerbangan pula. Anda harus selalu update perkembangan atau info di laman web mereka.

2. Selasa dan Rabu beli tiket

Sumber dari WikiHow

Kebiasaannya, hari Selasa dan Rabu merupakan hari terbaik untuk membeli tiket kapal terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan akan set sistem tempahan pada hari Selasa jam 7 malam.

Apa sebabnya? Sebab mereka maklum bahawa penumpang akan ada masa untuk tempah tiket pada hari minggu.
Dah terbukti dalam kajian bahawa kebanyakan kita akan semak harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

3. Pilih lapangan terbang yang lebih murah

Sumber dari examiner.co.uk

Pastikan juga anda pilih lapangan terbang yang berdekatan dan bukan yang utama. Sebagai contoh, kalau nak ke London, cuba anda pilih untuk landing di Manchester atau berdekatan dengannya selain Heathrow Airport.

Kemudian, boleh naik train terus ke London. Pasti lebih murah dan berbaloi.

4. Elak tempahan pada hari Jumaat atau Ahad

Sumber dari Twitter Karina Abdul Karim

Kebanyakan syarikat penerbangan akan set Selasa dan Rabu untuk tiket murah sebab kebiasaannya sistem tak sibuk dan lapangan terbang juga tak sesak.

Kalau anda tempah Jumaat atau Ahad, pasti tiket anda akan jadi mahal. Kebanyakan pelancong atau kaki travel kata dua hari ni memang paling mahal jualan tiketnya.
Kalau anda dapat diskaun untuk dua hari ni, itu lain ceritanya.

5. Bandingkan harga tiket setiap syarikat penerbangan

Sumber dari cheapair.com

Tips mudah kalau nak beli tiket murah ialah anda kena rajin bandingkan harga tiket bagi setiap web syarikat penerbangan. Jangan beli terus, ya.

Gunakan travel search engine untuk memudahkan anda membandingkan harga tiket penerbangan dan buat pilihan yang terbaik.
Kalau kita membeli barang pun kita akan bandingkan harga, samalah juga macam beli tiket kapal terbang. Kalau tak, pasti anda menyesal bila dapat tahu ada lagi yang lebih murah.

6. Check 12 minggu awal untuk antarabangsa

Sumber dari cheapair.com

Kalau anda mahu travel ke luar negara, pastikan anda periksa penerbangan 11 atau 12 minggu lebih awal.

Rajin-rajinlah check masa ni kerana kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa akan letak harga murah dan terbaik.

Sekarang dah tak susah sebab ada internet. Anda hanya perlu rajin mencari dan check sebaik mungkin untuk mengelak bajet travel anda berlebihan.

7. Buang ‘cookies’ pada enjin carian internet

Sumber dari WikiHow

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa anda kena buang internet browser cookies pada laptop atau telefon bimbit anda.

Kenapa? Sistem penerbangan yang sedia ada memang dah set anda berminat untuk beli tiket jika anda layari web mereka.

Sebab itu anda akan dapat harga yang sama walaupun anda check banyak kali. Lagi teruk, harga naik mendadak. Kalau anda tak tahu macam mana nak buang cookies ni, rujuk saja pada Google.

Sebenarnya mudah nak dapatkan tiket murah ni. Paling penting, pastikan anda bebas dari belenggu hutang macam PTPTN sebelum travel. Kalau tak, sia-sia sajalah plan untuk travel anda. Betul tak?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: “Siapa Hantu Pepahat, Korang Kena Sebat Habis Habisan!”