Rakyat Jepun sememangnya terkenal dengan idea kreatif jadi tidak hairan mereka mempunyai pelbagai kafe yang luar biasa. Pemilik kafe di negara itu berjaya ‘berfikir di luar kotak’ kerana kafe-kafe di sana amat menarik untuk dikunjungi.

BACA: Ini Lokasi Anda Boleh Dapatkan Kopi Kon Aiskrim

Berikut merupakan beberapa jenis kafe yang anda bakal jumpa jika anda melancong ke Jepun tidak lama lagi. Pastikan anda alami sendiri pengalaman baru apabila pergi ke kafe-kafe ini.

1. Kafe The Lockup

Sumber dari jpninfo.com

Kafe ini bertemakan makan di dalam sel penjara, rumah hantu dan juga rumah sakit jiwa. Gubahan meja juga nampak menyeramkan dan nampak seperti berada di dalam penjara sebenar dengan tambahan dekorasi dinding, lampu dan juga uniform pelayan kafe.

2. Kafe Vampire

Sumber dari blog.digitalvampire.net

Menerapkan suasana seram, kafe ini bertemakan warna hitam dan merah bakal membuatkan anda rasa seperti berada di kawasan lain. Bahan dekorasi seperti keranda, potongan tangan tiruan serta tengkorak membuatkan suasana kafe ini bertambah seram.

3. Kafe Kawaii Monster

Sumber dari tokyofashion.com

Berlainan dengan kafe comel ini, pemilik kafe lebih gemar memilih warna ceria di samping susunan meja yang membuatkan pelanggan berasa gembira terutama kanak-kanak. Sangat kawaii!!

4. Kafe Mahika Mano

Sumber dari andrewnugraha.blogspot.my

Jika anda inginkan ketenangan, kafe ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda kerana mereka menyediakan kerusi makan dengan hammock supaya anda akan berasa lebih santai dan tenang.

5. Restoran Shinjuku Kabukicho Robot

Sumber dari slate.com

Untuk pengetahuan anda, restoran ini mempunyai pelayan robot yang berketinggian 3 meter hingga 6 meter. Dekorasi kedai ini lebih bercirikan futuristik dan berwarna-warni. Namun, restoran ini hanya membenarkan dewasa sahaja untuk masuk kerana ia tidak sesuai untuk kanak-kanak.

6. Kafe Owl

Sumber dari wanderlust-japan.com

Jika di negara kita mempunyai banyak kafe kucing, di Jepun pula mempunyai kafe burung hantu. Kafe unik ini terletak di Harajuku. Anda boleh bermain serta mengambil gambar bersama burung hantu semasa anda makan.

7. Kafe Yawarakan’s

Sumber dari memes.com

Kafe ini boleh dikategorikan sebagai kafe patung kerana pemilik kafe ini melayan anak patung yang dimiliki olehnya sebagai pelanggan kafe. Malah, anak patung juga diberikan makan dan minum. Comelnya!

Rupa-rupanya negara Jepun mempunyai banyak tempat tarikan pelancong yang ramai tidak tahu. Mungkin anda boleh melancong ke sana lagi jika ingin mencuba kafe-kafe unik ini pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Best Di Sungai Petani?