7 Keunikan Pasar Borneo Di Johor Bahru

0
1088

Apabila sebut perkataan Borneo yang terbayang di fikiran semesti negeri Sarawak yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan sejarah budayanya, akan tetapi adakah anda tahu di Pasir Gudang, Johor Bahru juga terdapat sebuah pasar yang dinamakan Pasar Borneo.

BACA: Bakeri Roti Tertua Di Johor Bahru Kekal Resepi 80 Tahun

Pasar Borneo ini dinamakan sebegitu kerana ia menjual produk-produk asli daripada Sarawak dan menjadi tumpuan kepada mereka yang berasal daripada bumi kenyalang tetapi berhijrah dan menetap di Johor.

Oleh itu kami kongsikan beberapa perkara menarik daripada tinjauan Sinar Harian berkenaan Pasar Borneo ini yang terkenal dalam kalangan masyarakat di Pasir Gudang baik yang berasal daripada Sarawak mahupun semenanjung.

1. Pelbagai sayur hutan dijual di pasar ini seperti peria hutan, pucul lemundang, pucuk daun getah dan pelbagai lagi.

2. Di pasar ini juga turut menjual ulat mulong yang sukar ditemui di pasar-pasar biasa.

3. Selain hasil hutan, pasar ini turut menyediakan pelbagai pilihan ikan sungai yang menjadi kegemaran masyarakat Sarawak.

4. Bagi yang rindu akan masakan tradisi Sarawak boleh dapatkannya di sini kerana ada gerai yang menjual kuih penyeram, celurut, ringin dan juga ayam atau ikan pangsuh.

5. Persembahan kebudayaan turut diadakan apabila musim perayaan seperti Hari Gawai dan sebagainya.

6. Harga barangan yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan lebih murah berbanding pasar biasa kerana tidak menggunakan orang tengah.

7. Pasar ini telah beroperasi sejak 12 tahun yang lalu dan dibuka pada hari Rabu, dan Sabtu bermula jam 9 pagi sehingga lewat petang.

VIDEO: Apa Rasa Kalau Nenas Campur Laici Dalam Satu Balang?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram