7 Khasiat Kiwi Yang Anda Tak Tahu

0
283

Pernahkah anda memakan buah kiwi? Buah dari luar negara berbentuk bulat lonjong, sedikit berbulu di kulit dan mempunyai rasa yang masam manis sangat sedap dinikmati.

BACA: 10 Makanan Yang Boleh Makan Banyak Dan Tetap Kurus

Isinya berwarna hijau terang dan boleh dimakan terus. Kebiasannya, kiwi dijadikan sebagai salah satu bahan dalam salad buah, ais krim, atau sebagai hiasan hidangan.

Sumber dari huffingtonpost.com

Buah kiwi berasal dari China dan diperkenalkan ke New Zealand pada tahun 1906. Kini, terdapat 10 jenis buah kiwi yang ditanam di seluruh dunia.

Antara negara pengeluar kiwi ialah Perancis, Itali, Sepanyol, Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Rusia.

Sumber dari livestrong.com

Kiwi terkenal dengan kandungan vitamin C yang banyak berbanding buah-buahan yang lain. Setiap 100 gram buah kiwi mengandungi khasiat seperti berikut:

 

  • Protein: 0.99 gram.
  • Air: 83,05 gram.
  • Karbohidrat: 14.88 gram.
  • Kalori: 61 kcal.
  • Lemak: 0.44 gram.
  • Magnesium: 30 mg.
  • Fiber: 3.4 gram.
  • Zat besi: 0.41 mg.
  • Vitamin C: 75.0 mg.
  • Potassium, K: 332 mg.
  • Vitamin A: 9 mg.
  • Kalsium: 26 mg.
  • Fosforus: 40 mg.
  • Niasin: 0.500 mg.
  • Vitamin A: 175 iu.
  • Retinol: 0 mcg.
  • Sodium: 5 mg.
  • Thiamin: 0.020 mg.
  • Kolesterol: 0 mg.
  • Riboflavin: 0.050 mg.

Kami senaraikan 7 khasiat utama buah kiwi yang mungkin anda tidak tahu.

1. Agen anti-hipertensi

Buah kiwi mengandung kalium yang dikenali sebagai agen pengurang tekanan darah tinggi. Kalium juga penting untuk menjaga fungsi otot dan gerakan refleksi dalam sistem saraf. Selain itu, kalium juga berperanan menjaga keseimbangan cecair di dalam tubuh.

2. Menghalang penyakit

Kiwi sangat kaya kandungan antioksida. Kandungan polifenol, karotenoid, dan enzim-enzim lain membentuk antioksida yang berfungsi menghalang radikal bebas yang masuk dalam tubuh. Tubuh menjadi lebih sihat dan terhindar dari bahaya penyakit.

3. Baik untuk kesihatan mata

Kiwi mengandung zat lutein dan beta-kerotin yang sangat bagus untuk menjaga kesihatan mata seseorang.

4. Merawat masalah pencernaan

Kandungan serat yang tinggi dalam buah kiwi mampu membantu anda mengatasi masalah pencernaan. Proses pembuangan air besar yang tidak teratur dan kembung perut dapat diatasi dengan pengambilan kiwi secara berterusan.

5. Bagus untuk wanita yang hamil

Kandungan asid folik yang banyak terdapat dalam buah kiwi sangat baik bagi wanita yang sedang hamil. Ini bagi mencegah kecacatan pada otak atau saraf tulang belakang bayi. Kiwi juga mampu memberikan nutrien zat besi yang cukup bagi wanita yang mengalami ketidaksuburan dan sistem kekebalan tubuh.

6. Menyihatkan jantung anda

Kandungan potasium yang dimiliki buah kiwi hampir sama dengan yang terdapat pada pisang. Buah kiwi merupakan sumber potasium dan rendah garam, berfungsi memberi manfaat dalam menjaga tekanan darah dan kesihatan jantung.

7. Mengurangkan risiko nyanyuk

Kajian mendapati buah kiwi dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit Alzheimer (nyanyuk) hingga 50%.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Spicy Ramen Challenge: Bukan Pedas Sangat Pun!